Label 10

Home » » PENGKALAN CHEPA..DUN NIK AZIZ NIK MAT TERKOTOR D KELANTAN ?!!!

PENGKALAN CHEPA..DUN NIK AZIZ NIK MAT TERKOTOR D KELANTAN ?!!!

Written By AAKJ on Thursday, June 9, 2011 | 6:18 PM

 keadaan Alor A   dipenuhi sampah  yang dibuang  penduduk   Tanjong Chat menyebabkan  tersumbat dan berbau.

 
keadaan Alor A dipenuhi sampah yang dibuang penduduk Tanjong Chat menyebabkan tersumbat dan berbau.


KOTA BHARU: Tindakan penduduk membuang sampah ke sungai menyebabkan Alor A berhampiran Pasar Besar Siti Khadijah, di sini, berbau dan dipenuhi sampah sehingga menyebabkan Sungai Pengkalan Chepa dikategorikan sebagai sungai paling kotor di Kelantan.

Selain Alor A yang airnya mengalir ke Alor B, C dan D berdekatan Sungai Keladi di Kampung Tanjung Chat dan Sungai Budor di Kampung Cina, di sini, turut dikategorikan antara alor paling berbau sekali gus menyebabkan Sungai Pengkalan Chepa sepanjang kira-kira 15 kilometer berada dalam kategori tiga, iaitu paling kotor.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Abu Bakar Mohd Yusof, berkata kategori tiga dilabelkan bagi Alor A, B, C dan D sebelum mengalir ke Sungai Pengkalan Chepa, berikutan ia dipenuhi sisa toksik dan sampah

Katanya, siasatan pihaknya mendapati keadaan itu disebabkan tindakan penduduk termasuk peniaga yang sering membuang sampah ke dalam sungai di alor berkenaan sehingga menyebabkan tahap kualiti air berbau busuk.

"Walaupun sejak beberapa tahun lalu, JPS memasang beberapa alat perangkap sampah di Alor A, B, C dan D, namun ia tidak mampu memerangkap sampah yang sukar lupus seperti tin kosong, plastik, lampin pakai buang dan sisa pepejal lain.

"Berikutan itu, JPS negeri ini kini sedang melaksanakan pemasangan alat penapis berharga kira-kira RM200,000 yang dimulakan di Alor A yang letaknya di belakang sebuah pasar raya di bandar ini.

"Alat itu boleh merangkap sampah dan meningkatkan tahap kualiti air supaya air sungai tidak berbau dan warnanya menjadi lebih jernih. Jika alat itu berjaya digunakan di Alor A, kami akan teruskan di beberapa alor lain sekali gus boleh membaik pulih kualiti air di Sungai Pengkalan Chepa," katanya di sini, kelmarin.
Abu Bakar berkata, selain itu, JPS akan melaksanakan alat sistem rawatan air menggunakan 'mud ball' iaitu sejenis bebola tanah yang mengandungi bahan mikro organisma dan mampu meningkatkan tahap kualiti air.

"JPS menerima peruntukan kira-kira RM1 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan tahap kualiti air di Sungai Pengkalan Chepa yang dikenal pasti paling kotor di antara sungai yang ada di jajahan ini, termasuk Sungai Tiong dan Sungai Lubok Mulong di sini," katanya.

Penduduk Kampung Tanjung Chat, Che Aman Saudi Mohd Nor, 30 berkata beliau sering melihat sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang sampah di dalam sungai berkenaan.

Johari Jahar, 35, yang tinggal berhampiran Sungai Budor di sini, berkata sebelum ini JPS pernah memasang tiga kali alat perangkap sampah, namun jika musim banjir, alat itu dibawa arus.

"Kami yang tinggal berhampiran alor ini kesal kerana sering kali dipersalahkan walaupun ramai pengguna kenderaan suka membuang sampah sehingga akhirnya mengalir ke dalam sungai,” katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger