Label 10

Home » » PENCURI DUIT D YAYASAN SELANGOR ??

PENCURI DUIT D YAYASAN SELANGOR ??

Written By AAKJ on Tuesday, June 7, 2011 | 12:41 AM

 
Kita masih disegarkan dengan skandal Yayasan Selangor yang akhirnya diistiharkan kerugian RM 7 juta selepas ditadbir oleh rejim Khalid Gagap. Blog KITAGEMPOR adalah antara blog yang mengeluarkan banyak cerita terkenaan Yayasan Selangor. Terbaru Khalid Gagap telah menyerahkan hak penjagaan tanah di kawasan tanah yang dijadikan tempat peniaga tapak semaian berniaga kepada Yayasan Selangor

Kenyataan terbaru MB Lembu berkenan isu tanah di Sg Buloh jelas menampakkan kebodohannya. Keputusannya memberikan tanggungjawap menyelenggara dan menjaga tanah tersebut kepada Yayasan Selangor seperti tidak masuk akal untuk kita terima.

Kita sedia maklum antara 5 objektif utama penubuhan Yayasan Selangor adalah :

  • Menyediakan kemudahan prasarana dan infrastruktur yang terbaik di dalam program pembangunan pendidikan rendah, menengah, dan peringkat pengajian tinggi kepada seluruh rakyat Negeri Selangor
  • Menyediakan dan memperuntukkan kemudahan pembiayaan pendidikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor yang kurang berkemampuan dan berpotensi. 
  • Menyelaras dan menyediakan kemudahan prasarana dan infrastruktur bagi program bina insan, motivasi, modal insan, sains dan informasi kepada seluruh rakyat Negeri Selangor. 
  • Bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sumber tenaga mahir di dalam bidang keusahawanan, akademik dan professional.
  • Mempelbagaikan operasi Yayasan selangor bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi ke arah pelaburan komersial seiring dengan misi Selangor Negeri maju dan Sejahtera.

Dimanakah perlunya Yayasan Selangor diberi tanggungjawap menjaga tanah di Selangor? Adakah tidak ada jabatan lain yang layak untuk mengendalikan kawasan ini? Adakah kakitangan di Yayasan Selangor mempunyai pengetahuan luas terhadap penyelengaraan tanah? Lebih menarik apabila MB Lembu mendakwa PKPS tidak mempunyai kepakaran teknikal seperti YS..Fuhhhh..dahsyat!!!

Keputusan ini tidak lain tidak bukan hanya untuk menyelamatkan kewangan Yayasan Selangor yang dibelasah oleh firaun kecil Ilham Marzuki. Ini juga antara alternatif mereka untuk memastikan YS kembali untung pada tahun depan.

Keuntungan 2 Juta setahun oleh penguasaha tapak semaian tersebut menarik minat rejim Khalid Gagap untuk dikongsi bersama mereka. Sekurang-kurangnya adalah duit poket untuk dijadikan bekalan untuk PRU nanti.

Adalah lebih baik Khalid Gagap memberi perhatian kepada pembangunan pendidikan yang menjadi teras kewujudan Yayasan.  Jangan memperbodohkan rakyat dengan kenyataan tak masuk akal. Walaupun dikawal oleh DAP ada kalanya Menteri Besar ada kuasa penuh untuk membuat keputusan.

Sungguh malang nasib Melayu Selangor apabila bermenteri besarkan seorang Melayu seperti ini. Lebih mementingkan perkara lain daripada kemajuan anak bangsa sendiri. 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger