Pihak polis telah menahan 30 warga asing wanita dalam satu serbuan di Pulau Tikus kerana disyaki menjalankan kegiatan layanan seks kepada pelanggan, malam tadi.
Sebuah kelab 'Ala Istana' di tempat kejadian menjadikan tempat tersebut sebagai kelab eksklusif dengan memberi layanan seperti 'Maharaja' kepada pelanggan.
Bercakap kepada pemberita Ketua Unit Maksiat D7, ASP Sahrulizam Jaafar berkata 29 warga China dan seorang warga Vietnam berusia diantara 20 hingga 30 tahun diberkas sewaktu kejadian.
Siasatan juga mendapati GRO terbabit menyalahgunakan pas lawatan dan melanggar Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen.
TQKLPOS
Post a Comment