Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Kelantan pada 2 Julai ini dengan menghadiri beberapa program bertemu rakyat.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Najib dijadual melawat ke tiga daerah iaitu Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu.
Di Pasir Puteh, Perdana Menteri dijangka menghadiri program perhimpunan rakyat dan mengadakan perjumpaan dengan pemandu kereta sewa, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mustapa berkata, Najib dijadual menunaikan solat Zohor di Machang dan selepas itu mengadakan perjumpaan dengan rakyat serta penyokong dan pemain bola sepak Kelantan.
Di sebelah malam, Najib dijangka menghadiri majlis jamuan rakyat di Buluh Kubu, Kota Bharu dan melawat flet rumah rakyat yang pernah dibina kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1980-an hingga 1990.
– Bernama
Post a Comment