Label 10

Home » » Ladang Rakyat Upah Warga Asing, Peserta Ladang Kebuluran

Ladang Rakyat Upah Warga Asing, Peserta Ladang Kebuluran

Written By AAKJ on Friday, June 10, 2011 | 9:44 PM




Oleh Kaizer Daris
GUA MUSANG - Sikap kerajaan Pas negeri semakin zalim terhadap rakyatnya kerana ada peserta Ladang Rakyat hilang pekerjaan akibat projek itu mengupah pekerja asing.
Sudahlah hilang tanah diambil kerajaan Pas negeri untuk projek ladang rakyat sekarang mereka hilang pula punca pendapatan.
www.kelatekito.net mendapati kekejaman Pas semakin menjadi-jadi terhadap rakyat Kelantan apabila cuba mengaut keuntungan maksimum dengan mengupah warga Indonesia. Penduduk orang asli, Osman Akoh, 49, merasakan dirinya tertipu akibat ketamakan pengusaha ladang rakyat sehinggakan beliau sendiri kehilangan pekerjaan.
"Ramai kawan-kawan saya menganggur kerana sikap syarikat Ladang Rakyat. Kerajaan negeri pula berdiam diri biarpun perkara ini diajukan kepada mereka.
"Sudahlah hilang tanah, kerja pun hilang. Mereka bayar lagi rendah kepada pekerja warga asing ini," katanya.
Uda Bujang, 39, berkata nasibnya kini bertambah malang apabila peluang pekerjaan ditutup kerana untuk menyara keluarga dengan hasil hutan semakin sukar akibat penerokaan ladang rakyat.
"Sudah banyak hasil hutan di tebas untuk tanaman sayur. Apa lagi yang kami tinggal. Hendak harap pemberian tanah adat kerajaan negeri hanya boleh janji kosong," katanya.
Jika dibiarkan perkara ini berlarutan penduduka orang asli di sini akan menjadi semakin miskin dan mundur.


--KELATEKITO.NET
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger