Label 10

Home » » KRONOLOGI MAT SABU D TANGKAP D HOTEL PERDANA KOTA BHARU KELANTAN !!!

KRONOLOGI MAT SABU D TANGKAP D HOTEL PERDANA KOTA BHARU KELANTAN !!!

Written By AAKJ on Tuesday, June 14, 2011 | 7:02 PM



Urutan penangkapan mat sabu-norma di bilik 121
(Disiarkan di http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=2458&mode=threaded&pid=162835 sejak tahun 2002 tanpa bantahan)

Penangkapan Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat), Mat Sabu, 41, (sekarang dah berumur 48 tahun), dan pasangannya Norma Abdul Halim, 36, (sekarang sudah berumur 43 tahun), menjadi maklumat semasa yang ingin diketahui oleh pelbagai lapisan masyarakat. Masing-masing membuat pelbagai andaian terhadap penangkapan itu, ada yang positif dan tidak kurangnya juga yang negatif berhubung dengan kes ini. Semakin banyak andaian dibuat apabila perbicaraan yang sepatutnya berjalan setiap hari terpaksa ditangguhkan dari semasa ke semasa oleh pihak pendakwa dengan alasan siasatan mereka belum selesai untuk mengumpul fakta-fakta perlu. Berikut disiarkan urutan peristiwa penangkapan Mat Sabu-Norma berdasarkan maklumat bertulis yang ada dalam simpanan pihak pendakwa Mat Sabu:
__
31hb Januari 1995, jam 2.40 pagi:

Mat Sabu telah check in di kaunter reception Hotel Perdana. Ketika itu hanya seorang petugas saja bertugas di kaunter berkenaan. Selepas mendaftar, petugas itu meminta Pengawai Kanan Keselamatan menunjukkan bilik 121 di tingkat satu kepada Mat Sabu.

 Jam 9 pagi:

Seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor yang berpakaian preman bersama seorang rakannya telah menemui Senior Receptionist yang bertugas ketika itu. Inspektor berkenaan kemudian telah meminta senarai penginapan tetamu. Satu salinan senarai penginapan tetamu telah diserahkan oleh Senior Receptionist kepada Inspektor berkenaan. Tindakan itu dikatakan biasa dilakukan oleh pihak hotel apabila dikehendaki oleh polis. Selepas menerima salinan senarai penginapan tetamu, Inspektor berkenaan dan rakannya beredar ke Coffee House. Pegawai polis itu kemudian memesan minuman panas. Sambil menikmati minuman, Inspektor itu seolah-olah berada dalam keadaan memerhati sesuatu. Keadaan itu diperhatikan oleh seorang Waitress Coffee House yang bertugas ketika itu. Inspektor berkenaan kemudian meninggalkan Coffee House itu secara tergesa-gesa tanpa menghabiskan minumannya.

 Jam 10 pagi:

Mat Sabu dilihat pulang ke hotel bersendirian dengan memandu kereta berwarna biru. Ia disedari oleh Bellboy yang bertugas ketika itu. (Dia dikatakan keluar dari biliknya kira-kira jam 7.30 pagi).

Jam 10.10 pagi:

Iaitu selepas lima minit Mat Sabu masuk ke biliknya, seorang Housekeeping Supervisor hotel yang secara kebetulan berada di hadapan bilik 128 di tingkat satu untuk membuat pemeriksaan bilik telah terserempak dengan seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang berpakaian serba hitam iaitu seluar, baju dan tudung sedang menekan loceng bilik 121. Tanpa mengesyaki sesuatu, Housekeeping itu meninggalkan tempat berkenaan dan waktu itu, wanita berpakaian serba hitam masih berada di depan pintu bilik 121.

Jam 10.15 pagi:

Seorang Room Steward yang sedang mengemas bilik 128, telah didatangi oleh dua orang anggota polis berpakaian preman. Polis itu memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa. Mereka bertanyakan kepada Room Steward sama ada dalam bilik 121 itu ada tetamu atau tidak. Room Steward kata mungkin ada, mungkin juga tidak ada dan berkata, mengikut senarai penginapan tetamu, tetamu bilik 121 akan check out pagi itu. Bagaimanapun, polis meminta Room Steward membuka pintu bilik 121, tetapi Room Steward enggan kerana peraturan kerja tidak membenarkan petugasnya berbuat demikian. Anggota polis itu terus mendesak dan Room Steward akhirnya akur dan menghampiri bilik 121. Beliau menekan loceng bilik sebanyak tiga kali, tetapi pintu tidak dibuka. Beliau kemudian cuba menggunakan kunci pendua dan belum sempat kunci itu dimasukkan, tiba-tiba pintu bilik 121 dibuka oleh seorang tetamu dari dalam. Ketika itu, tujuh orang iaitu Pegawai Pencegah Maksiat yang bersembunyi tiba-tiba menyerbu masuk ke bilik berkenaan bersama anggota polis. Tidak lama kemudian kumpulan pihak berkuasa itu membawa turun Mohamad Sabu dan Norma.

Jam 10.50 pagi:

Mat Sabu turun dari biliknya untuk menjelaskan bil penginapan. Bayaran telah diterima oleh seorang Cashier bertugas. Pada waktu itu Mat Sabu kelihatan tenang tanpa menunjukkan sebarang reaksi berhubung dengan penangkapan beliau. Pada waktu itu juga tidak ada sesiapa bersama beliau. Sekumpulan pihak berkuasa berada agak jauh sedikit dari Mat Sabu untuk menutup keaibannya dan tidak mahu orang ramai tahu mengenai peristiwa yang berlaku ke atas Mat Sabu dengan Norma.

Jam 11 pagi:

Mat Sabu dilihat berligar sekejap di lobby hotel. Kumpulan pihak berkuasa sudah menunggunya di luar hotel dan terus mengiringi Mat Sabu ke keretanya. Kejadian itu disedari oleh seorang Bellboy. Pagi 1 Februari 1995: Berita mengenai penangkapan Mat Sabu dengan suri rumah, Norma Abdul Halim disiarkan oleh akhbar-akhbar harian utama dan masih menjadi bahan berita utama sehingga sebulan lamanya.

Nota:
Kes ini digugurkan kerana masalah teknikal iaitu terdapat percanggahan nombor bilik.


Read more: http://waadat.blogspot.com/2011/06/kronologi-penangkapan-mat-sabu-norma.html#ixzz1PFB8LNs3
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger