Label 10

Home » » KERAJAAN PAS CELAKA KEDAH LULUSKAN PERMIT PELACURAN ??

KERAJAAN PAS CELAKA KEDAH LULUSKAN PERMIT PELACURAN ??

Written By AAKJ on Monday, June 20, 2011 | 9:13 PM

Pusat karaoke di Kota Setar yang diserbu pada Jumaat lalu selepas didakwa turut menyediakan khidmat seks.
 
Rungutan orang ramai mengenai gelagat wanita warga asing yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) yang didakwa turut menawarkan khidmat seks di sebuah pusat karaoke di Kota Setar, Kedah sejak setahun lalu mungkin berakhir apabila 18 pelacur warga asing itu dicekup dalam satu serbuan khas pada Jumaat lalu.
 
Satu sumber dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) berkata, sebelum serbuan pada pukul 11.45 malam polis menerima banyak aduan mengenai kehadiran wanita-wanita berpakaian seksi dan mengenakan solekan tebal berpelesiran dalam premis itu bermula pada waktu petang untuk memancing pelanggan-pelanggan masuk ke pusat hiburan itu.

Kegiatan wanita warga asing itu didakwa orang ramai mengganggu 'persekitaran' di kawasan sekitar selain menjejaskan imej Kota Setar.

Berikutan itu, sumber itu berkata, seramai 20 anggota termasuk 10 pegawai menyerbu pusat hiburan itu dan menahan 18 wanita dipercayai pelacur dan 35 pelanggan yang berada di dalam pusat hiburan itu.
"Ketika serbuan, sebahagian daripada pelacur sedang ghairah melayan pelanggan masing-masing," kata sumber itu ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sumber itu memberitahu, 18 warga asing yang ditahan melibatkan seorang warga Myanmar dan 17 lagi wanita China masing-masing berusia 20 hingga 30-an.
Ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap 35 pelanggan berusia antara 23 hingga 58 tahun yang ditahan mendapati sepuluh daripada mereka positif dadah.
Wanita warga asing didakwa menawarkan khidmat seks kepada pelanggannya dengan mengenakan bayaran RM45 sejam.

"Pelacur boleh dibawa pulang ke rumah atau dibawa ke hotel untuk khidmat seks.
"Malah pelanggan juga boleh menggunakan bilik di pusat karaoke untuk mendapat khidmat seks," katanya dengan memberitahu pusat karaoke itu mempunyai 14 buah bilik.
Difahamkan, premis tersebut telah diserbu dua kali oleh polis.
Pusat hiburan itu mempunyai lesen dan ia dimiliki seorang penduduk tempatan.
 
TQKOSMO

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger