“Kata Syeikh Soleh, sesungguhnya, tiada nas dari al-Quran dan sunnah yang jelas mengenai keharusan mengadakan demonstrasi, sebaliknya wujud riwayat yang lemah dan takwilan terhadap nas secara melulu mengikut hawa nafsu.
“Jadi, berdasarkan ayat ini, apa yang kita nampak, Bersih sebelum ini tidak meninggalkan kesan positif sebaliknya persoalannya kini, apa maksud demonstrasi aman yang cuba diterjemahkan mereka?” kata Fathul Bari Jahaya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Affendi Yusof berkata “Jika kita lihat, banyak implikasi buruk daripada perhimpunan atau demonstrasi jalanan ini, antaranya negara luar akan melabel kita sebagai negara tidak aman, pelabur khuatir untuk datang ke sini.
“Jika dibiarkan perhimpunan ini berlaku, negara akan ditimpa kecelakaan, ramai yang akan mengambil kesempatan terhadap demonstrasi besar-besaran ini. Semua akibat ini memberi kesan tidak baik kepada seluruh rakyat dan negara,” katanya.
Mohd Affendi berkata, hukum asal setiap perkara adalah harus, tetapi, sekiranya memudaratkan pihak lain, ia membawa kepada hukum haram.

Post a Comment