Label 10

Home » » fuHH !! KOLAM RENANG ANJING D AMPANG JAYA SELANGOR !!

fuHH !! KOLAM RENANG ANJING D AMPANG JAYA SELANGOR !!

Written By AAKJ on Tuesday, June 14, 2011 | 1:11 AM


Apa yang membuatkan MPAJ di Selangor terfikir untuk membuka kolam renang untuk anjing bersebelahan dengan kawasan riadah orang awam?? Banyak betul duit MPAJ sampai boleh luluskan budget untuk bina kolam renang tersebut..Bodoh sangat ke orang yang menghadiri mesyuarat pengurusan MPAJ sehingga boleh terlulusnya peruntukan untuk membina kolam renang tersebut tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat.

Atau pembinaan kolam renang untuk anjing tersebut merupakan arahan dari pihak tertentu untuk menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu...almaklumlah sekarang...anjing pun dah pandai pergi saloon, apa salahnya kalau nak beriadah dalam kolam renang...


AMPANG: “Usahkan orang Melayu, kami yang bukan Islam juga tidak senang dengan pembinaan kolam renang anjing itu.“Malah, jika kolam itu mula digunakan, pasti acara komuniti yang membabit penduduk terganggu berikutan kolam itu bersebelahan tempat riadah,” kata peniaga, Harban Singh a/l Tara Singh, 48, penduduk Beverly Height, di sini.

Menurutnya, penduduk tidak tahu apa alasan pihak berkuasa meluluskan pembinaan kolam itu sedangkan ia terletak di kawasan perumahan.

“Walaupun penduduk di sini berbilang kaum, kewujudan kolam renang anjing sesuatu yang pelik, tambahan pula didirikan di kawasan yang tidak kena lokasinya,” katanya.

Tinjauan Metroplus mendapati, kolam seluas 10 meter x 2 meter itu hampir siap sepenuhnya dan dijangka digunakan dalam masa terdekat.

Tinjauan juga mendapati kolam itu bersebelahan tempat riadah penduduk serta berdekatan kolam renang untuk orang awam.


Kontraktor, Mutalib Hassan, 45, berkata jika kolam itu digunakan anjing, ia dibimbangi mengganggu aktiviti riadah penduduk terutama yang beragama Islam selain air kolam itu yang tercemar dengan najis haiwan terbabit.

“Saya bimbang air dari kolam itu melimpah ke kawasan riadah serta ke kolam renang awam terutama jika pihak terbabit mahu menukarkan kandungan airnya yang tercemar dengan najis binatang itu,” katanya.

Mutalib berkata, selain masalah itu, dia juga memikirkan keselamatan kanak-kanak dan orang awam yang datang untuk beriadah dan melakukan barbeku.

“Jika setiap hari anjing dibenarkan berenang di kolam ini, pasti kanak-kanak tidak berani untuk berada di kawasan ini kerana bimbang dikejar binatang itu.

“Malah, setiap hujung minggu pasti akan ada pelbagai aktiviti dilakukan komuniti di sini, baik barbeku atau aktiviti lain. Jika kolam anjing ini dibuka, pasti kami yang beragama Islam tidak hadir, sekali gus mengganggu ikatan kejiranan,” katanya.

Dia berharap, pihak berkuasa berkaitan terutama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menimbang kembali untuk tidak meneruskan pembukaan kolam itu.

Sementara itu, Setiausaha MPAJ, Abdul Hamid Hussain, berkata pihaknya tidak ada menyimpan rekod menyatakan pembinaan kolam terbabit mendapat kelulusan MPAJ.

“Kami tidak ada memberi kelulusan kepada pihak terbabit kerana pembinaan kolam itu tiada dalam rekod kami.

“Oleh itu, pihak MPAJ akan membuat semakan lanjut mengenai status pembinaan kolam terbabit,” katanya ketika di hubungi. - Hmetro
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger