Oleh Skrew Kabin Krew
Beberapa masa lepas saya ada terbaca pasal Idris Jala berkait rapat dengan Pembangkang.
Orang sudah lupa bahawa dalam Negara kita ada se-ekor makhluk jahat yang bermaharajalela di teraju pimpinan negara. Makhluk jahat ini bernama Nor Mohd Yakop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang masih memegang potfolio menjaga Khazanah Nasional Bhd yang mengalami kerugian beratus juta Ringgit.
Khazanah Nasional berjaya menutup kerugiannya dengan menjual saham syarikat blue chip seperti Tenaga Nasional yang menghasilkan keuntungan. Keuntungan daripada menjual saham syarikat blue chip digunakan untuk menutup kerugian berates juta Ringgit daripada kegiatan lain.
Bisnes lain Khazanah Nasional mengalami kerugian kerana melibatkan kroni Nor Mohd Yakop yang diberi kontrak dan perbelanjaan besar yang tanpa had. Kroni dapat kontrak, Khazanah mengalami kerugian, Nor Mohd Yakop membeli rumah di London dan India, anaknya boleh membawa kereta Ferrari.
Anak Nor Mohd pun makin kaya, makan duit suap oleh towkey China yang dapat bisnes melalui ayah mereka.
Walaupun kes rasuah sudah dua kali berlaku, melibatkan dua setiausaha politik Nor Mohd Yakop, masih tidak ada sebarang tindakan diambil terhadapnya. Malahan thambi ini masih bermaharajalela dan masih menelan duit besar.
Orang sudah lupa bahawa Nor Mohd Yakop telah merugikan berpuluh billion duit rakyat bila dia menguruskan rizab matawang asing Bank Negara.
Hampir RM37 bilion duit kita lenyap pada tahun 1990an – oleh penyangak seperti Nor Mohamed Yakop.
Perkara yang ramai orang tidak tahu ialah Nor Mohd Yakop telah juga menggunakan sebahagian duit RM37 billion itu untuk menguntungkan dirinya. Melalui jaringan money changer mamak satu keturunan dengannya, Nor Mohd Yakop telah main judi ala kasino untuk mengambil untung masuk koceknya sendiri. Biar Bank Negara pula yang menanggung kerugian RM37 billion.
Anwar melantik dia menjadi Pengerusi Abrar Asset Management di mana Nor Mohd juga memegang 5% saham syarikat Mun Loong Bhd. Apabila harga saham Mun Loong jatuh merudum, Nor Mohd telah menggunakan duit pelaburan Abrar untuk menampung harga saham Mun Loong. Ini adalah perbuatan salah yang patut dihadapkan ke mahkamah jenayah.
Bila Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, Nor Mohamed dinaikkan pangkat menjadi Menteri pula, diberi tanggungjawab atas semua syarikat kepunyaan kerajaan termasuk syarikat penerbangan MAS.
Nor Mohd Yakop melantik seorang lagi kroninya Idris Jala sebagai pengurus besar MAS. Idris Jala telah mengakibatkan kerugian yang tersangat besar kepada MAS.
Sebagai contohnya pada 2009 Idris Jala dan Nor Mohamed Yakop telah memaksa MAS membuat perjanjian harga tetap tiga tahun (3 year fixed price contract) untuk membeli minyak bahan bakar (fuel) untuk pesawat MAS dengan harga US$100.00 satu tong. Pada masa itu harga minyak di pasaran dunia hanya US$40.00 satu tong.
Paling mustahil sekali dan juga amat pelik bagi mana-mana syarikat penerbangan membuat perjanjian harga tetap tiga tahun untuk membeli minyak bahan bakar. Lazimnya syarikat penerbangan hanya membuat perjanjian harga tetap untuk enam bulan sahaja.
Hasil perjanjian yang tidak masuk akal itu, MAS telah terpaksa menanggung kerugian lebih daripada RM2.0 billion.
Tuan-tuan ceritanya belum habis.
Broker jual minyak pula yang telah menjual minyak kepada MAS tadi mendapat keuntungan lebih RM2.0 billion. Tuan-tuan cuba pikir. Agaknya Nor Mohd Yakop dapat komisen tak? Dia dah beli rumah di London dan India. Anak dia dah membeli kereta Ferrari.
TQUNSPINNERS
Post a Comment