Label 10

Home » » Astro Jadi Dalang Rakyat Bencikan BN ??

Astro Jadi Dalang Rakyat Bencikan BN ??

Written By AAKJ on Friday, June 10, 2011 | 10:46 AM


T.Ananda Krishnan disenaraikan antara orang paling kaya di Malaysia dan dunia dengan nilai harga mencecah RM20 billion. Beliau sememangnya memiliki banyak harta dan juga antara orang India di Malaysia yang berjaya dalam bidang perniagaan. Belia jugalah tuan punya satu-satunya stesen tv berbayar di Malaysia iaitu ASTRO. Sebelum aku bercerita pasal ASTRO aku nak kita semua fikirkan dasar kerajaan BN yang dikatakan rasis. Sekiranya kerajaan BN rasis, semua yang baik diberikan kepada orang Melayu, tidak akan ada orang lain selain daripada orang Melayu yang akan berjaya. Ramai lagi orang India ataupun Cina yang berjaya disebabkan dasar kerajaan BN.

OK itu cerita selingan, aku sebenarnya berminat dengan isu Astro yang mahu menaikkan yuran sehingga RM15 sebulan. Nampaknya Astro semakin hari semakin menunjukkan belang sebagai pelopor stesen tv berbayar di Malaysia. Seronok betul dioarg bermain dengan "charge" kepada pengguna. Lagi seronok apabila charge untuk penyambungan semula sekarang sudah naik 2 kali ganda daripada RM10 kepada RM20. Apa sebenarnya kerja yang mereka lakukan untuk kerja-kerja penyambungan? Mereka hanya perlu update dalam sistem yang memakan masa lebih kurang 5 min untuk dilakukan. Adakah kerja seperti itu berharga sehingga RM20?
Itu belum bila kita lihat siaran Astro yang putus apabila hujan turun. Tak perlu tunggu hujan lebat siaran akan tergendala.Memang mereka merasa besar kepala kerana pada mereka orang yang mengadu tentang sistem mereka tidak mewakili majoriti pelanggan. Oleh itu mereka merasakan aduan kenaikan "charge" bukanlah satu perkara serius yang perlu mereka layan.

Goverment Tax sebanyak 6% untuk semua pelanggan agak mengelirukan. Apa tujuan cukai tersebut? Kita sedia maklum kebanyakkan siaran Astro sekarang telalu banyak iklan yang perlu kita lihat. Kita membuat bayaran kepada Astro bukan untuk melihat iklan tetapi Astro sekarang sudah seperti pusat iklan versi digital di Malaysia. Jangan nanti rakyat beranggapan bahawa kerajaan BN mengenakan cukai mengarut hanya untuk melihat iklan di TV. Adakah perlu pelanggan dikenakan cukai sedangkan kerajaan boleh mengenakan cukai kepada syarikat yang mahu menggunakan Astro sebagai pusat iklan.

Ini antara perkara yang menjadikan rakyat benci kepada dasar-dasar kerajaan BN. Ada beberapa perkara mereka terlepas pandang dan diambil kesempatan sebaiknya oleh pihak lain. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Astro tetapi hampir semua syarikat yang memonopoli sistem yang memberi perkhidmatan kepada rakyat. Astro bukanlah satu jenama wajib yang perlu ada didalam rumah kita. Astro belum mencapai tahap seperti Colgate, Milo dan sebagainya.

Cadangan supaya memboikot Astro adalah satu cadangan yang amat baik. Sekurang-kurangnya mereka sedar bahawa suara rakyat suara keramat. Kerajaan BN telah sedar keberkesanan slogan tersebut. Apa kata kalau kita aplikasikan slogan itu kepada syarikat-syarikat yang memberi perkhidmatan kepada rakyat. Andai kerajaan BN gagal mendahulukan rakyat dalam perkara ini, hukuman bakal menanti ketika PRU nanti. 

Satu contoh paling senang untuk kita fikirkan. Rakyat di pendalaman seperti di Sabah dan Sarawak menggunakan Astro untuk menonton tv. Mereka juga boleh mendapatkan segala macam informasi kerajaan BN melalui Astro, Apa akan terjadi andai mereka tidak mampu membayar yuran bulanan? Dari mana mereka perlu mendapatkan informasi berkenaan dasar-dasar kerajaan? Adakah jentera penerangan kerajaan BN mampu turun padang setiap masa berjumpa dengan mereka? Fikirkan Bersama...

Klik sini untuk amaran dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia. 
 
 
tqkitagempor
Share this article :

+ comments + 1 comments

June 10, 2011 at 11:26 AM

Huhhh.. Geram jugak dengan Astro ni.. Nak untung je.. Pastu program ntah pape.. Nak tengok ni nak tengok tu kena langgan pakej ni pakej tu.. Semua duit.. Depa makin kaya,, kita??? Sekarang heboh pasal konsert final dibuat kat Putrajaya berhampiran dengan masjid.. Adoiiiiii..


Entry Terbaru : SPRM Siasat Ketua Menteri Sarawak Berhubung Kes Balak

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger