Home »
» ANWAR BIN IBRAHIM NAK MENIPU APA LAGI ??
ANWAR BIN IBRAHIM NAK MENIPU APA LAGI ??
Written By AAKJ on Sunday, June 26, 2011 | 1:17 PM
BUKTI paling penting isu rakaman video seks ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sudah masuk ke mahkamah kelmarin. Dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa video tersebut adalah tulen dan pelakunya 99.9 peratus serupa dengan Anwar.
Terbukti, tiada sebarang tampering (diubah-ubah) dan super impose (pertindihan gambar).
Perkara itu terkandung dalam fakta kes di Mahkamah Majistret selepas trio ‘Datuk T’, Shazryl Eskay, Shuib Lazim dan Abdul Rahim Thamby Chik mengakui bersalah tuduhan menayangkan secara terbuka video tersebut Mac lalu.
Dalam reaksi segera, pihak Anwar dan PKR, kemudian mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa orang dalam video itu bukan beliau. Awang sudah boleh jangka. Memang ada segelintir manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri. Penafian dan pembohongan sudah menjadi pakaian hidup golongan itu.
Kalau bukan Anwar, apakah itu ‘hantunya’ atau kembar seperti dalam kisah filem? Dalam zaman serba moden, masih ada pemimpin yang mahu berbohong walaupun bukti sudah kukuh. Kalau di negara lain, pembohongan sebegini tidak mungkin terjadi. Jika berlaku sekalipun, ia tidak bertahan lama sebagaimana yang terdedah dalam beberapa skandal baru-baru ini.
Di Turki, enam pemimpin pembangkang letak jawatan selepas skandal video seks mereka terdedah. Banyak lagi tokoh di serata dunia yang ambil prinsip kebertanggungjawaban selepas skandal terbongkar. Yang bukti masih samar-samar juga berani mengaku dan berundur sama ada mereka dari agama Islam mahupun Kristian. Malah para penyokong dan sekutu mereka sendiri akan beri tekanan supaya meletakkan jawatan demi menjaga imej parti dan organisasi. Nilai moral tetap dijunjung dan mengatasi kepentingan politik.
Tetapi di Malaysia, ketua pembangkang sendiri berjaya main silap mata dan sedihnya, ramai yang terpedaya. Apa jenis pembangkang yang kita ada pun, Awang tak tahu. Lekeh selekeh-lekehnya. Memalukan imej negara, umat Islam dan warga dunia. Mana ada di pelosok dunia, ketua pembangkang yang terlibat dua kali kes liwat, skandal seks bersama pelacur dan menipu terang-terang, boleh terus memimpin parti dan pakatan pembangkang tanpa rasa malu dan bersalah.
Bayangkan kalau ditakdirkan Anwar menjadi Perdana Menteri, lingkup negara dan rosak masyarakat. Beliau boleh buat apa sahaja. Ulas panjang pun, buang masa. Awang hanya mampu berdoa agar Allah memberikan petunjuk dan penyelesaiannya. Selicik-licik manusia dan sehebat mana tipu daya serta hipokrasi, tidak mampu menghadapi ketentuan-Nya.
TQUM
+ comments + 3 comments
aku tgk telinga pelakon sex 2 capang tapi telinga anwar tak capang plak
hak alah. mata aku cakap dia la.. mata kau senget benget la mat. tengok pakai kaki ke ? jangan jadi bodoh dah la.
regards : budak punk !!!!
Jumlah bilangan rambut kepala anwar sama ke dgn pelakon video tu? Kepanjangan belalainya sama ke??
saiz biji mata? kelabuhan buah? apa lagi???
Post a Comment