Label 10

Home » » 9 JULAI..JANGAN CABAR MELAYU !!!

9 JULAI..JANGAN CABAR MELAYU !!!

Written By AAKJ on Sunday, June 19, 2011 | 10:05 PM

perkasa513alt

















alt

alt

SEMANGAT Perkasa dan lebih 50 NGO yang bergabung dengannya untuk menentang perhimpunan Bersih 9 Julai ini terpancar pada pelancaran Perhimpunan Gerak Aman 9 Julai 2011 yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampong Bharu,Kuala Lumpur petang Ahad.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 2,000 orang Datuk Ibrahim Ali mengistiharkan mereka sedia berdepan apa juga risiko dan keadaan demi mempertahankan demokrasi negara ini dicemari oleh himpunan pembangkang yang bermotif untuk mewujudkan senario Medan Tahrir di Mesir di Kuala Lumpur.
Selain Ibrahim,sebilangan pemimpin Perkasa dan NGO turut berucap mengecam himpunan Bersih.Turut hadir ialah bekas Timbalan Menteri,Datuk Khalid Yunus yang mengaku ini pertama kali beliau turun padang ‘ semata-mata kerana Ibrahim Ali’ bagi menentang himpuan itu.
Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu , Zulkifkli Nordin juga hadir.


Kira-kira 100 orang ahli beberapa NGO kaum Cina dan India yang berpakaian t shirt  TAK NAK...HIMPUNAN BERSIH  juga turut serta.
Ibrahim menduga 9 Julai sebagai ‘ hari yang tidak menentu’ dimana apa saja boleh berlaku termasuk huru hara.

Secara terbuka beliau meminta orang Cina tidak keluar rumah pada hari itu.
Beliau memberitahu Perkasa dan gabungan NGO akan ikut rentak dan tari  Bersih pada hari-hari menjelang 9 Julai. “ Jika mereka batal...kita batal,”ujarnya.



 
Jika tidak sekalipun tanpa permit mereka tetap akan berhimpun menentang Bersih.
Katanya beliau memahami dilema Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan pihak polis dalam mengambil tindakan untuk menyekat himpunan Bersih.Menurutnya jika bertindak dituduh zalim tetapi jika tidak keamanan tergugat.Apapun baginya kerajaan tidak wajar bertolak ansur.”Tolonglah bertindak,”tegasnya.

Beliau berkata banyak cara lain pembangkang boleh menyalurkan pandangan mereka mengenai soal sistem pilihanraya. Ia boleh disuarakan menerusi ramai ahli parlimen mereka dan sebagainya tanpa perlu kecoh-kecoh.

Ibrahim mempersoalkan kenapa perlu turun ke jalan jika tidak ada motif lain.
Beliau mendakwa puak Bersih nak wujudkan suasana seperti Medan Tahrir untuk menuntut mereka mengambilalih kerajaan.

Ini juga bagi mendorong media antarabangsa melaporkan keadaan di negara ini sama seperti apa yang berlaku di Timjr Tengah.
Katanya kalau berhajat nak tukar kerajaan lawanlah melalui pilihanraya bukan jalanraya.
“Kalau nak bercakap tentang demokrasi dan kebebasan bersuara....kami juga rakyat yang nak bersuara menentang himpunan itu,”tegasnya.

Ibrahim juga mengucap syabas kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana mengambil keputusan unturut turut berhimpun pada hari itu.
Apapun katanya himpunan mereka tidak ada kena mengena dengan Pemuda UMNO.
Zulkifli dalam ucapannya mendakwa motif himpunan itu untuk cetus huru hara tidak boleh diselindung lagi.

Katanya ini kerana beliau sendiri antara mastermind himpunan Bersih 2007 dan demo reformasi dulu.
Beliau mencabar agar kerajaan pakatan pembangkang Kelantan,Pulau Pinang,Kedah dan Selangor dibubarkan jika merasa pilihanraya 2008 tidak bersih agar ia dapat diadakan semula.
Bekas orang kanan PKR itu harian pembangkang mempertikaikan kebersihan pilihanraya sedangkan mereka menang empat negeri.

Zulkifli menilai himpunan itu tidak lebih dari usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim tarik perhatian dari kes liwatnya di mahkamahnya dan isu video seksnya.
Sementara itu kemarahan pada Bersih juga diwarnai dengan tindakan hadirin membakar gambar pengerusinya,Datuk Ambiga Srennevasan.

Mengenai modus operansi pada 9 Julai ,Ibrahim memberitahu pada hari itu antara 10 hingga 20 buah bas gabungan berkenaan dari setiap negeri akan turun ke Kuala Lumpur.
Mereka akan berhimpun di Jalan Belemy tidak jauh dari Istana Negara.
Beliau tidak dapat menganggarkan jumlah sebenar  mereka yang akan hadir.
“Kami kecil saja...mungkin 500 orang,”katanya secara sinis sambil menambah sengat nyamuk pun  boleh ‘ membunuh’.-


TQAGENDADAILY
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger