Label 10

Home » » 8000 CINA BERJANJI AKAN BERSAMA MELAYU MENENTANG AMBIGA & ANJING PELIHARAANNYA !!

8000 CINA BERJANJI AKAN BERSAMA MELAYU MENENTANG AMBIGA & ANJING PELIHARAANNYA !!

Written By AAKJ on Monday, June 20, 2011 | 8:32 PM

Ketua Kampung dan JKKKB Cina Jerantut menunjukkan laporan polis berhubung bantahan terhadap Perhimpunan Bersih di hadapan IPD Jerantut, Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 19 Jun - Lapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru (JKKKB) yang mewakili masyarakat Cina di daerah ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut, bagi membantah perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Mereka yang mewakili 8,000 penduduk di bawah JKKKB Cina di sini, atas semangat 1Malaysia meminta pihak berkuasa melarang perhimpunan itu yang disifatkan tidak membawa sebarang manfaat.
Ketua Kampung Baru Batu 57, Jalan Kuantan, Kek Ah Kau berkata, perhimpunan itu tidak wajar kerana mereka memilih cara yang salah, sekali gus menjejaskan keharmonian kaum.
''Kita berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenakan tindakan setimpal ke atas perancang utama dan pengikut yang terbabit dengan demonstrasi jalanan nanti.

''Kegiatan yang tidak sihat itu boleh mengganggu ketenteraman awam dan menghalang urusan perniagaan yang menjadi nadi pendapatan warga kota, termasuk menakutkan pelabur serta pelancong luar negara," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di sini, semalam.
Ketua Kampung Baru Sungai Par Hulu, Chion Kaw berkata, perhimpunan itu akan mengundang rusuhan, gangguan lalu lintas dan kerosakan harta benda awam.

''Kita tidak mahu kegiatan itu dimanipulasi oleh parti pembangkang yang mempunyai agenda mereka sendiri sehingga menyusahkan rakyat," katanya.
Dia juga meminta pihak berkuasa bertindak terhadap pelaku demonstrasi itu kerana mengancam keselamatan.

Setiausaha JKKK Kampung Baru Sungai Lekok, Chai Kean Foo menyifatkan perhimpunan itu memberikan kesan negatif terhadap pemikiran golongan muda di negara ini khususnya dalam menyuarakan sesuatu perkara.
Katanya, perkara yang remeh tidak perlu diperbesarkan kerana masih ada jalan penyelesaian menerusi musyawarah atau perundingan.

Ketua Kampung Baru Sungai Jan, Ng Kian pula berkata, perhimpunan itu perlu ditolak oleh rakyat kerana mereka hanya mahu mencari populariti dan bukannya memelihara keamanan yang dikecapi ketika ini.

TQUM
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger