Buat setakat ini, maklumat kami memberitahu bahawa sudah hampir 470 laporan polis di seluruh negara telah dibuat ke atas BERSIH 2.0.
Ini adalah petunjuk bahawa rata-rata rakyat tdak menyokong perhimpunn BERSIH 2.0. Para peniaga, drebar teksi dan pengusaha-pengusaha benci demo-demo yang menyusahkan mereka cari mata pencarian.
Semalam Ketua Pemuda UMNO, saudara Khairy sudah arahkan ahli-ahli Pemuda UMNO turun menyokong kumpulan penentang Bersih 2.0 yang kotor. Syabas Khairy.
Dia menyedari mereka yang menentang Bersih 2.0 bukan penentang demokrasi tapi mempertahankan demokrasi dari usaha pihak sebelah sana yang mahu porak peranda dan huru harakan negara.
Mereka mahu menimbulkan keadaan anarki yang akan membolehkan mereka dengan bantuan ejen-ejen asing melalui PKR dan NGO mengambilalih kuasa dengan cara yang tidak demokratik ala Mesir.
Senarai tuntutan pilihanraya itu hanya topeng saja. Bersih pertama pada tahun 2007 adalah perhimpunan kuning. Ia adalah mngenai menuntut Majlis Raja-Raja menegur kerajaan ketika itu yang tindak tanduk mereka dilihat tidak menjaga kedaulatan, keselamatan dan kepentingan negara
Ianya di colek oleh pembangkang untuk menjadi Bersih yang bertopengkan election reform. Tapi lepas election, mereka boleh dapat 5 negeri dan menafikan BN dua pertiga majoriti.
Apa-apa saja boleh dituntut dan diminta. Apa-apa saja boleh disenaraikan untuk berbunyi legitimate dan boleh diterima akal. Nawaitu disebalik topeng legitimasi yang tidak boleh dibiarkan berterusan berlaku.
Helah disebalik topeng legitimasi itu hanya supaya menjadi sebab musabab supaya pihak berkuasa teragak-agak dan takut untuk bertindak.
Mereka akan gunakan tekanan dari luar negara untuk mengecm negara jika ada ketua-ketua perhimpunan ini ditahan bawah ISA atau dicaj bawah mana-mana undang-undang seperti Akta hasutan. Media asing akan gambarkan kerjaan sebagai zalim.
TERKINI 12:28 PM:
Setakat pukul 11 hari ini, 584 laporan polis telah dibuat terhadap Bersih 2.0 mengikut pecahan ikut negeri adalah berikut:
Perlis 56, Kedah 59, Penang 7, Kelantan 59, Trengganu 32, Pahang 87, Perak 18, KL 69, Selangor 43, Negeri 35, Melaka 57, Johor 40, Sabah 20 dan Sarawak 2Tidak hairan kalau jumlah boleh mencecah 1,000 minggu depan.
Kalau mereka masih tak mahu faham rakyat tak suka demo, tak tahu lah. Antara mereka-mereka ni, buta hati, atau pekak hati, tuli hati atau memang bebal tahap gaban.
TQUNSPINNERS
Post a Comment