14 Jun 2011 11:17PM
KUALA LUMPUR 14 Jun - Sebentar tadi satu perjumpaan tertutup di antara 37 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu telah diadakan di Stadium Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.
Kesemua NGO yang terlibat akhirnya bersepakat mengeluarkan kenyataan menentang Demonstrasi BERSIH yang dianjurkan oleh Pembangkang.
Demonstrasi besar-besaran ini nyata dianggap akan menggugat keselamatan orang awam di samping memalukan Negara yang akan memberi kesan terhadap Ekonomi Negara.
Perbincangan Meja Bulat ini diketuai oleh Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali. Antara NGO yang turut terlibat adalah Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
KLPOS
Post a Comment