Label 10

Home » » PENYOKONG BOLASEPAK KELANTAN TELANJANG BOGEL UTK KAK JIJAH ??

PENYOKONG BOLASEPAK KELANTAN TELANJANG BOGEL UTK KAK JIJAH ??

Written By AAKJ on Friday, May 20, 2011 | 10:39 AM

Penyokong Kelantan buka seluar tanda protes referee

Ketika banyak pihak terutama penyokong pasukan bola sepak Kelantan menyelar sikap segelintir penyokong Negeri Sembilan yang membakar bendera Kelantan selepas tamat perlawanan Liga Super di Stadium Paroi, 10 Mei lalu, ramai tidak menyedari mengenai aksi kelucahan melampau seorang penyokong Kelantan yang menanggalkan seluar sebagai tanda protes dan provokasi terhadap pegawai perlawanan.
Perkara itu didedahkan Kelab e-Penyokong Negeri Sembilan menerusi satu rakaman yang menunjukkan seorang penyokong Kelantan menanggalkan seluar sebagai protes terhadap pegawai perlawanan, pasukan keselamatan serta anggota polis bertugas.

Presidennya, Ahmad Zaini Baharun berkata, pada peringkat awal, pihaknya tidak mahu campur tangan isu membakar bendera Kelantan, sebaliknya menyerahkannya kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dan budi bicara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Menurutnya, hal itu kerana pihaknya sejak awal lagi sudah memohon maaf kepada penyokong Kelantan menerusi laman sosial terhadap keterlanjuran segelintir penyokong Negeri Sembilan yang melakukan perbuatan itu.

“Bagaimanapun, mereka (penyokong Kelantan) terus menggunakan media menyalahkan penyokong Negeri Sembilan dan mahu tindakan tegas diambil terhadap Negeri Sembilan walaupun kepemimpinan PBNS sudah menjelaskan tindakan provokasi melampau sebagai punca kejadian membakar bendera berlaku.

“Namun, tindakan penyokong Kelantan melakukan aksi kelucahan melampau dengan menanggalkan seluar sebagai protes kepada pegawai perlawanan tidak boleh dilupakan begitu saja kerana turut menjejaskan maruah.

“Persoalannya adakah tindakan menanggalkan seluar tidak menjadi kesalahan dan adakah penyokong pasukan lain berani melakukannya di Stadium Sultan Muhamad Ke-4 di Kota Bharu sedangkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pun maruah kami tidak dihormati? Apa akan terjadi jika provokasi seperti ini berlaku di sana?“ katanya.
Share this article :

+ comments + 1 comments

May 20, 2011 at 10:48 AM

sdr azmi,pohon follow dan link kembali blog saya

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger