Seorang peniaga gerai makan mendakwa diacu pistol pada leher oleh anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Alor Setar, dalam satu operasi pada jam 8.30 malam, 8 Mei 2011. Bukan setakat itu, kakak peniaga itu didakwa turut diaibkan apabila bajunya dikoyakkan oleh penguatkuasa.
Peniaga terbabit Mohd. Zaini Zakaria, yang mewarisi perniagaan yang dimulakan neneknya 38 tahun lalu, berhampiran Stadium Darul Aman berkata ketika kejadian hampir 70 anggota penguatkuasa M-B-A-S datang dengan tiga trak.
Menurut Zaini "Depa telah mengacu pistol pada leher saya dan terus merampas. Dan pegawai dia pegang tangan saya, kiri dan kanan. Saya tak boleh buat apa-apa. Saya pertahankan barang saya. Saya nak pertahan barang saya. Saya cuma marah. Macam tu saja lah. Tunjuk macam ni. Dia acu pistol di leher saya macam ni".
Berikutan keadaan tidak terkawal, kakaknya Suriyanti Zakaria cuba membantu. "Kak nak pi tolong adik. Dah depa dok pegang-pegang tu. Tiba-tiba raba kak pula. Koyak baju. Belakang, depan pun habis. Dok bergelut dengan depa"kata Suriyanti.
Tindakan MBAS ini amat memalukan sekali. Sebagai sebuah negeri yang kononnya memperjuangkan kebajikan rakyat, tidak sewajarnya kejadian sebegini berlaku. Apatah lagi negeri tersebut katanya diperintah oleh parti yang hendak memperjuangkan Islam. Inikah cara yang diajar oleh Islam?
Ustaz Azizan tak kan tengok sahaja kot kejadian ini. UUM sudah setuju bayar RM1.7 juta, apakah sampai tidak ada hasil hingga sanggup meroboh gerai tepi jalan untuk hasil negeri? Beberapa bulan lepas, gerai lemang di Sik kena tindakan kali ini kena pula kat gerai di Alor Setar. Di Pulau Pinang sudah berlaku, kali ini kes tersebut melarat ke Kedah pula. Inilah jadinya bila pakatan pembangkang memerintah. Indah khabar dari rupa.
Post a Comment