Home »
» PARTI NIK AZIZ DAN KELUARGA CUBA DAPATKAN SOKONGAN PENJAJA YG MEREKA KHIANATI MENJELANG PRU 13
PARTI NIK AZIZ DAN KELUARGA CUBA DAPATKAN SOKONGAN PENJAJA YG MEREKA KHIANATI MENJELANG PRU 13
Written By AAKJ on Sunday, May 8, 2011 | 11:54 PM
KOTA BHARU - Dengan khabar angin pilihan raya umum semakin hampir pada hujung tahun ini, Pas mula menabur gula-gula politiknya kepada rakyat.
Apa tidaknya, dulu mereka sombong dengan rakyat sekarang mereka mula bertalam muka membantu rakyat.
Sudah bertahun-tahun 415 peniaga menuntut keadilan setelah janji Pas tidak ditepati, sekarang baru hendak Pas tunaikan, nampak sangat buat baik ada maksud lain.
Terbaru Kerajaan Pas Kelantan akur dengan tuntutan 300 peniaga Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) untuk perluaskan kawasan lot kedai di Bazar Tok Guru sebelum mereka dipindahkan.
Pengerusi Persatuan Pasar Besar Arked MPKB (PPBAM), Ab. Salim Ahmad berkata isu perpindahan mereka ke Bazar Tok Guru hampir selesai selepas kerajaan negeri bersetuju dengan beberapa syarat ditetapkan peniaga dalam pertemuan antara kedua-dua pihak pada 27 April lepas.
"Mesyuarat rundingan yang dipengerusikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob.
"Melalui mesyuarat itu, pihak persatuan telah menetapkan syarat iaitu meluaskan
lorong-lorong yang menjadi laluan antara gerai; dan kerajaan negeri kemudian menyatakan persetujuan dan peluasan lorong berkenaan akan dijalankan dengan merobohkan 36 lot gerai untuk meluaskan saiz lorong," katanya.
Isu perpindahan peniaga ke Bazar Tok Guru tercetus apabila kerajaan Pas Kelantan
tidak menunaikan janji-janji yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu iaitu
menyediakan ruang niaga lebih selesa untuk para peniaga tersebut serta harga jualan RM40,000 bagi setiap lot kedai.
Berikutan masalah itu, seramai 415 peniaga daripada Pasar lama MPKB dan Arked Uda enggan berpindah ke Bazar Tok Guru dan kerajaan negeri telah menawarkan RM63,000 bagi setiap lot kedai di bazar itu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed telah mendesak kerajaan negeri mematuhi janji yang dibuat ke atas peniaga dan telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Ab.Salim berkata projek meluaskan lorong berkenaan akan dijalankan segera dan
siap dalam tempoh dua minggu.
Beliau berkata sehingga kini seramai 250 peniaga berdaftar yang sah telah pun menandatangani surat untuk pendaftaran dan perpindahan ke Bazar Tok Guru dan esok surat itu akan dihantar ke Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
--KELATEKITO.NET
Post a Comment