Punyalah taksub giler puak-puak PAS ni semua sampaikan gambar Pok Nik kat atas tu pun dorang sanggup beli sampai RM17K.. Nak buat menurun nombor gamaknya..?
Kalau setakat gambar digital copy macam tu, bukan kata RM17K.., bagi gua free pun gua tak hingin...
Gua ada satu persoalan dalam kepala gua, dorang nak buat apa beli gambar mahal-mahal tu? Nak buat upacara puja ke?
Maklumlah kann..., Pok Nik tu dorang dah anggap sebagai Wali Selipar yang paling agung seantero Asia Tenggara ni.. So tak mustahil lah dorang buat cam tu..
Dan bila sebut pasal selipar ni, teringat gua pada satu masa dulu. Pok Nik pernah cerita kata ada orang curi selipar jamban dia pasal kononnya keramat..
Jadi, gua ada satu cadangan.. Apa kata Pok Nik atau pencacai disekeliling dia buat acara lelong selipar jamban pulak lepas ni..
Manalah tau kot-kot boleh cecah RM 100K sepasang.. Bolehlah buat stadium banyak-banyak di Kelantan... Hahahahahahaha....
Sekeping bingkai gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencatat kutipan tertinggi apabila dibida RM17,000 pada Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Pas di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam semalam.
Muka depan Majalah Fikrah itu memaparkan gambar Nik Aziz dengan tajuk; Terajui Perubahan Capai Keberkatan yang dicetak pada 2008, dibida seorang ahli perniagaan, Mohd Shukri Omar yang diwakili anaknya, Ahmad Azmi.
Bingkai terbabit adalah antara empat bingkai gambar yang memaparkan wajah kepimpinan tertinggi Pas termasuk Allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor dilelong dengan jumlah semua kutipan RM27,200.
Selain itu, beberapa individu turut menghulurkan sumbangan berbentuk wang, cek dan aku janji bagi mengumpul dana untuk persiapan PRU13.
Jumlah sumbangan tertinggi diterima RM50,000 yang disumbangkan individu yang menggelar dirinya hamba Allah.
Hadir di majlis, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut menyampaikan bingkai gambar kepada pembida.
Hadir sama kepimpinan Pakatan Rakyat, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak
Turut hadir, Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden; Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.- SH
KENA BODDO SEMUA ORANG HAHAHAHHA
TQMPP
Post a Comment