Label 10

Home » » NIK AZIZ DAN KELUARGA TERUS MENIPU ?!!! KRONI CINA - AH CHENG part2

NIK AZIZ DAN KELUARGA TERUS MENIPU ?!!! KRONI CINA - AH CHENG part2

Written By AAKJ on Wednesday, May 11, 2011 | 3:39 PM




Koridor Depu, Koridor Menipu Selasa,

10 Mei 2011 14:29
Oleh Razmal Malakan

KOTA BHARU - Ketika Kerajaan Pusat di bawah UMNO sedang sibuk melancarkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) kira-kira empat tahun lalu, Kerajaan Pas Kelantan juga tidak mahu mengalah, mereka wujudkan satu lagi koridor iaitu Koridor Depu.

Agak kelakar bunyinya depu hendak berlawan dengan perancangan ekonomi berimpak tinggi untuk jangka masa panjang. Tetapi seperti Pas melalui master mindnya Husam Musa meyakinkan rakyat bahawa depu boleh mengubah hidup dengan memberikan pendapatan tambahan.

Maka berpuluh-puluh 'bill board' dan baner dinaikkan untuk menunjukkan bahawa Kerajaan Pas Kelantan serius dengan pembangunan depu. Bagaimanapun sehingga kini habuk pun tidak ada. Mana pokok depu, mana raisinnya yang dikatakan harga berpuluh ribu.

Itulah dia wajah sebenar Pas Kelantan, perancangan mereka tidak pernah berjaya tetapi mereka amat bijak bermain wayang menutupnya. Khabarnya Kerajaan Pas Kelantan menyediakan peruntukkan jutaan ringgit untuk projek depu ini. Adakah ini satu lagi pembaziran.

Ini amat berbeza dengan ECER walaupun agak perlahan tetapi perkembangannya dapat dilihat dengan jelas. Satu demi satu projeknya mula muncul dalam diam, malah pembangunan sumber manusia juga tidak diabaikan.

Jika melalui Jalan Pasir Mas - Rantau Panjang sudah pasti semua dapat melihat sebuah tapak sedang dibangunkan di bawah projek ECER tetapi bagaimana dan apa sudah jadi dengan Koridor Depu, habuk pun tidak ada.

Koridor Depu hanyalah koridor untuk menipu rakyat, koridor yang cuba menunjukkan Kerajaan Pas Kelantan ini hebat malah lebih hebat daripada Kerajaan Pusat.

Tetapi akhirnya tidak ada satu pun yang kelihatan, sekali lagi rakyat Kelantan ditipu oleh Pas. Sudah sampai masanya kita berfikir dengan waras atau apakah kita mahu ditipu untuk tempoh 20 tahun lagi. Fikirlah sendiri. - KELATEKITO.NET
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger