Label 10

Home » » LEE KUAN YEW PERCAYA SAIFUL D LIWAT IKUT DUBUR !! REFRESH !

LEE KUAN YEW PERCAYA SAIFUL D LIWAT IKUT DUBUR !! REFRESH !

Written By AAKJ on Tuesday, May 17, 2011 | 4:55 AM


gambar hias
Pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew percaya Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan seorang pembantu lelakinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, menurut kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) yang didedahkan laman web WikiLeaks semalam.

Menurut agensi berita AFP, kabel diplomatik itu bertarikh November 2008 dan maklumat tersebut dibocorkan laman web WikiLeaks kepada kumpulan media Fairfax di Australia. Akhbar The Sun-Herald di Australia semalam menyiarkan maklumat itu berdasarkan apa yang diberitahu Kuan Yew kepada Pejabat Penilaian Kebangsaan (ONA) yang merupakan agensi perisikan Australia.

Menurut kabel diplomatik itu: "Australia menyatakan bahawa perkhidmatan perisikan Singapura dan (bekas perdana menteri) Lee Kuan Yew telah memberitahu ONA dalam pertukaran (maklumat) mereka bahawa Ketua Pembangkang, Anwar pernah sesungguhnya melakukan perlakuan yang dia kini dituduh."

Kabel itu menyatakan bahawa pemerintah Singapura membuat rumusan tersebut berdasarkan "risikan teknikal".

Akhbar Australia melaporkan risikan teknikal itu berkemungkinan maklumat yang diperoleh daripada aktiviti memintas komunikasi.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger