Lagi pendedahan tindakan kejam kerajaan Bersiong Pas kelantan terhadap rakyat negeri dengan menghisap "darah" tanah rakyat.
Akhirnya rakyat yang sudah bosan dengan kekejaman Pas telah bangkit dengan mengambil tindakan undang-undang dan beliau adalah seorang anggota Bekas Tentera Laut DiRaja Malaysia mendakwa tanah bergeran milik keluarganya seluas 2.4 hektar di Kampung Kijang Relai, Gua Musang telah diceroboh sebuah syarikat swasta yang dipercayai terlibat dengan projek Ladang Rakyat.
Abdul Rahman Mohamed, 31, yang berasal dari kampung itu berkata pencerobohan di tanah pusaka milik keluarganya itu bermula sejak awal tahun lalu dan beberapa rundingan dengan pihak syarikat telah diadakan namun gagal menyebabkan dia membuat keputusan untuk melantik peguam bagi tuntutan ganti rugi.
TQKELATEKITO.NET
Post a Comment