Label 10

Home » » KERAJAAN BN BANTU RM 10,000 BG SETIAP KELUARGA MANGSA DAN TANGGUNG SEMUA KOS RAWATAN !!! TAHNIAH !!

KERAJAAN BN BANTU RM 10,000 BG SETIAP KELUARGA MANGSA DAN TANGGUNG SEMUA KOS RAWATAN !!! TAHNIAH !!

Written By AAKJ on Sunday, May 22, 2011 | 4:38 PM




Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh melibatkan anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.
Selain itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kos perubatan bagi mangsa yang cedera akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

“Begitu juga segala keperluan pengebumian mangsa yang meninggal dunia akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat,” katanya kepada media ketika melawat tempat kejadian.
Muhyiddin berkata, kerajaan akan menunggu laporan penuh siasatan berhubung tragedi itu sebelum memutuskan langkah seterusnya.
Beliau berkata, kejadian malang itu mungkin berpunca daripada keadaan tanah yang tidak stabil dan hujan lebat.

“Saya telah mengarahkan Datuk Seri Noh Omar (Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk menguruskan segala urusan berkaitan kejadian ini,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin merakamkan ucapan takziah kepada semua waris mangsa kejadian malang itu.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut merakamkan ucapan yang sama.

“Turut merakamkan ucapan takziah dan simpati, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger