Label 10

Home » » 'Jangan sesekali tuduh sebagai rasis' - PEKIDA

'Jangan sesekali tuduh sebagai rasis' - PEKIDA

Written By AAKJ on Monday, May 2, 2011 | 9:56 PM

KUALA LUMPUR 1 Mei - Kaum bukan Melayu diingatkan tidak sesekali menuduh pemimpin, pertubuhan serta akhbar Melayu sebagai rasis hanya kerana membincangkan hal-hal berkaitan kepentingan bumiputera yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ahli Majlis Pekida Wilayah Persekutuan, Rashid Fadhil berkata, ingatan itu perlu memandangkan setiap NGO Melayu termasuk pertubuhan silat bersedia sepenuhnya untuk mempertahankan hak serta kedaulatan bangsa.

Menurutnya, beliau kesal kerana pertuduhan seperti itu banyak dibangkitkan oleh orang politik sedangkan mereka tahu mengenai perkara yang tidak sepatutnya dijadikan mainan itu.
"Mereka bukan tidak tahu tetapi sengaja mahu uji kita orang Melayu. Kerajaan perlu bertindak terhadap sesiapa jua yang menyentuh hal ini tanpa ada kompromi. Biar ada titik noktah dalam isu ini.
"Kita juga mohon Raja-Raja Melayu agar beri kenyataan yang dianggap 'rasis' juga oleh puak-puak berkaitan bagi menutup mulut mereka yang cuba bermain api," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam bahawa pihak yang menuduhnya dan Utusan Malaysia bersifat perkauman adalah rasis yang sebenar.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, adalah satu kenyataan ketika ini orang Melayu tidak boleh mengeluarkan sesuatu pernyataan untuk mempertahankan hak mereka kerana takut dituduh rasis.
Rashid menambah, sekiranya kaum Cina benar-benar hendak hidup aman di negara ini dan mahu melihat generasi masa depan merasai kehidupan selesa, mereka tidak sepatutnya memberikan undi kepada DAP yang terkenal dengan sifat perkauman.

"Buktinya lihat saja pada Tragedi 13 Mei, siapa yang menjadi punca kepada rusuhan itu? Jangan termakan dakyah mereka kerana adakah adil sekiranya Melayu dituduh rasis kerana mempertahankan hak sendiri," soalnya.
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr. Hassan Mad pula menganggap tindakan kaum Cina yang tampak menyokong DAP pada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini sebagai membuktikan mereka menyokong perkauman.

"DAP dengan gagasan Malaysian Malaysianya jelas bersikap rasis, tetapi jarinya dituding kepada orang lain demi menutup rasa perkaumannya itu.
"Pemecahan melalui taktik politik seperti ini sudah sampai ke peringkat melampau. Jadi teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap masyarakat Cina untuk membuat pilihan bijak agar tidak kehilangan wakil dalam kerajaan, tepat pada masanya," katanya.
Share this article :

+ comments + 1 comments

May 3, 2011 at 1:18 AM

Dan Sememangnya Kita Nak Kena Harap Cina & India Utk Bela Org Melayu & Raja Raja Melayu.

Tamaddun India & China Membuktikan Mereka Menolak Raja Mereka Sendiri.

Jangan Bawa Ideologi Itu Kpd Org Melayu Islam Malaysia!!

DAULAT TUANKU

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger