Label 10

Home » » HUSAM REMBAT RM 160,000.00 ?? KICK BERSUARA !!

HUSAM REMBAT RM 160,000.00 ?? KICK BERSUARA !!

Written By AAKJ on Wednesday, May 25, 2011 | 1:15 AM


Isteri saya melangkah masuk ke Mahkamah Majistret dengan ‘wang Husam’ berjumlah RM160 ribu tunai.
Beberapa hari lepas saya kembali ke Kelantan sebelum singgah ke Kerdau, Pahang, di atas jemputan ‘ratah kambing’ bersama beberapa rakan dari sebuah PBT.

Diceritakan kepada saya bagaimana kini telah reda fitnah saya di bayar RM20 ribu sebulan oleh Menteri MITI dan timbul pula dakwaan majikan sebenar saya ialah seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Exco berkenaan dikatakan berkerat rotan dengan Husam dan kononnya mahu saya ‘mati’ Husam.
Saya diminta ingat dan sedar jasa Husam pada saya. Saya diminta kenang bagaimana Husam telah membayar jaminan dan peguam untuk saya sewaktu ditahan oleh pihak berkuasa.

Ya, saya tidak lupa. Saya tidak lupa bagaimana pada pagi 18hb September 2008, isteri saya dengan seorang bekas ADUN PAS telah menemui seorang peguam di Kota Bharu dan mengambil wang tunai sejumlah RM160,000 yang dikatakan olehnya kepada saya  sebagai ‘sebahagian dari milik Husam’.
Wang tunai yang diisi di dalam beg galas itu dibawa masuk ke dalam mahkamah dan ditunjukkan kepada saya yang sedang bergari di kandang orang salah. Husam pun ada sama tidak jauh dari situ bersama seorang peguam lain yang diamanahkannya menyelesaikan kes reman saya.

Malangnya cerita itu bukanlah cerita yang masak sepenuhnya. Wang itu bukan untuk saya dan kes saya di Kuala Lumpur dikendalikan oleh saudara Amrit, rakan kakak saya yang juga seorang peguam di Kuala Lumpur.

Saya dibebaskan dengan jaminan polis dan tiada bayaran perlu dibuat. Penjamin saya ialah isteri saya sendiri.
Habis apa cerita dengan wang tunai berjumlah RM160 ribu itu? Wang itu adalah sebahagian daripada wang satu juta ringgit yang Husam minta saya pergi ambil dari seorang peguam. Perincian apa yang berlaku dan segala kira-kira kewangan boleh saya bukukan bersama cerita Global Media Channel sebaik sahaja SPRM mengumumkan tutup kes terhadap siasatan RM4 juta untuk aktiviti Global Media Channel. Itu sahaja halangan saya setakat ini. Penyokong-penyokong PAS galak nak tahu yang sebenar. Saya nekad untuk cerita yang sebenar dari A sehingga Z.

Kepulangan saya ke Kelantan ini juga memberi saya peluang singgah di Pasar Pasir Mas, sesuatu yang telah saya rancang beberapa kali tetapi tertangguh.

Lihatlah gambar-gambar Pasar Pasir Mas ini dan nilailah bagaimana terjaganya peniaga-peniaga Melayu di Kelantan. Selainnya, biarlah pembaca-pembaca dari Pasir Mas sendiri yang bercerita di ruang komen.
Buat masa ini saya menumpukan perhatian menyelesaikan masalah Bazar Arked UDA seperti arahan berlapik Husam di atas kepada saya. Kemudian kita boleh fokus kepada nasib peniaga-peniaga lain.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger