Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak perlu risau untuk melakukan sumpah itu sekiranya Ketua Pembangkang tersebut tidak bersalah.
‘‘Sebagai contoh jika isteri minta suami bersumpah bahawa dia tidak curang, adakah itu berdosa. Adakah Allah akan menghukum jika suaminya itu tidak melakukannya dan sememangnya dia tidak melakukannya?’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah yang perlu dilakukan oleh Anwar bagi membersihkan dirinya setelah dituduh oleh trio ‘Datuk T’ sebagai pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari negara China.
Mengulas lanjut, Mohd. Asri berkata, sumpah yang perlu dilakukan oleh Anwar bagi menafikan penglibatannya di dalam video seks tersebut tidak semestinya di masjid mahupun di mahkamah.
‘‘Untuk pengetahuan umum cukup jika beliau menyebut di dalam ceramah atau ucapannya ‘Wallahi, Wa Billahi, Wa Tallahi, bahawa video ini satu pembohongan dan fitnah semata,’’ katanya.
Dalam pada itu, beliau tidak bersetuju Shazryl Eskay melakukan sumpah seperti itu kerana ia hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain.
‘‘Saya juga ingin tegaskan cara politik kita memang menjijikkan dan kotor. Isu mengaibkan peribadi cuba dijadikan isu rakyat dan negara. Sangat hina. Usah layan puak- puak ini,’’ tambahnya.
ANWAR TAKKAN BERSUMPAH !!!
Post a Comment