Pasukan penyiasat menemui DNA bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn pada baju yang dipakai pekerja hotel di Manhattan yang dilaporkan cuba dirogolnya.
Associated Press yang memetik dua orang sumber berkata, selepas ujian dijalankan, DNA yang ditemui pada baju berkenaan adalah sepadan dengan sampel DNA Strauss-Kahn.
Pemimpin IMF itu meletakkan jawatan selepas dia ditahan kerana melakukan serangan seksual ke atas pekerja hotel tersebut baru-baru ini.
Post a Comment