Label 10

Home » » DAH TAHU NAK KALAH PRU13 ANWAR HARAMKAN PARTI MILIK ANAK ISTERI ??

DAH TAHU NAK KALAH PRU13 ANWAR HARAMKAN PARTI MILIK ANAK ISTERI ??

Written By AAKJ on Thursday, May 19, 2011 | 10:11 PM


Dalam surat ini, ROS mengatakan PKR telah bersengaja melanggar fasal 33.2.1 Undang-undang berdaftar Parti kerana memecat keahlian Rajagopal a/l Andaikkalam pada 1/4/2009 dan  27/4/2009 tanpa terlebih dahulu disoal siasat dan dibicarakan kepada lembaga disiplin.

Saifudin National dalam sidang media mengatakan, "Ahli yang dinamakan sebagai Rajagopal dalam notis ROS itu juga tidak wujud". 

Tapi pada masa yang sama, Saifudin Nasional tidak menafikan mereka telah memecat "Rajagopal a/l Andaikkalam", sepertimana nama yang tertulis dalam surat dari ROS, seperti surat diatas.

Sebagaiman prosedur biasa, sepatutnya PKR perlu menjawab samada benar atau tidak "Rajagopal a/l Andaikkalam" telah dipecat tanpa melalui prosedur yang sah, berdasarkan perlembagaan parti itu sendiri.

Jika benar seperti yang dikatakan oleh Saifuddin bahawa dalam perlembagaan PKR tidak terdapat Fasal yang dimaksudkan. Ertinya PKR bukanlah parti yang demokrasi, kerana tidak mempunyai prosedur siasatan terlebih dahulu sebelum suatu pemecatan dibuat. Sebaliknya ahli PKR boleh dipecat begitu saja secara diktator tanpa merujuk lembaga disiplin. Apakah itu menunjukkan PKR adil dan demokrasi?

Perkara yang menjurus kepada tindakan ROS, adalah kerana PKR telah memecat ahlinya tanpa prosedur yang sah berdasarkan prinsip demokrasi dalam parti. 

Apakah Anwar mampu menafikan hal itu? Sebaliknya Anwar dan penyokong cuma mampu memutar belit fakta dengan menjawab, ‘Semua itu adalah niat jahat UMNO!’, tanpa menjawab pun persoalan yang menjadi masalah kepada reputasi ahli PKR itu sendiri.

Surat berkenaan bukanlah suatu yang ‘luar biasa’ diterima oleh pertubuhan yang berdaftar, bila terdapat laporan konsisten dari ahli yang bermasalah. Sepatutnya PKR perlu menjawab secara bertulis kepada ROS, bukan dengan mengadakan sidang media memaki hamun orang lain. Lebih ironi, Anwar telah menjadikan surat ROS sebagai propaganda untuk meraih simpati penyokong.

Dapat dipastikan, inilah yang menjadi punca, mengapa ramai golongan professional serta ahli parlimen PKR meninggalkan parti itu.

Setiap kali ahli membuat aduan penyelewengan dalam pemilihan parti, Anwar akan menjawab “itu semua salah media UMNO yang melaporkan”, dan bila ahli bertindak keluar kerana tidak puas hati dengan cara Anwar menangani masalah. Anwar akan mendakwa “Mereka telah dibeli UMNO/BN...!”.


Inikah gaya politik yang dikagumi golongan cerdik pandai? Hanya menuduh pihak luar setiap kali masalah dalaman muncul, bahkan tidak pernah menyelesaikan masalah ‘rumahtangga PKR’ atas dasar demokrasi, sekadar mampu menyalahkan UMNO/BN untuk mengalih perhatian masyarakat.
 
TQMELANAU
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger