Label 10

Home » » Cerai di Kelantan Tertinggi di Malaysia.

Cerai di Kelantan Tertinggi di Malaysia.

Written By AAKJ on Saturday, May 7, 2011 | 4:21 AM



Kota Bharu - Apa sudah jadi Kelantan sudah menjadi juara dalam keruntuhan akhlak dan masalah sosial.
Terbaru Utusan Malaysia melaporkan negeri Serambi Mekah ini menjadi antara negeri tertinggi dalam kes perceraian berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2008.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar yang hanya sekadar menyatakan Kerajaan Pas Kelantan merasa amat dukacita dengan perkembangan tersebut.

Kata Wan Ubaidah:  "Statistik yang dikeluarkan Jakim pada 2008 mencatatkan Kelantan berada di tempat ketiga dengan jumlah kes sebanyak 1,386."
Menarik lagi, ibu tunggal ini berkata, antara faktor berlakunya peningkatan perceraian adalah kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri.
Soalnya apa sudah jadi selepas 20 mentrabiyah keadaan rumah tangga rakyatnya semakin kusut dan hancur lebur. Inilah jadinya kalau pemimpin hanya pandai bercakap dan menggunakan ayat al-Quran untuk mendapatkan sokongan tetapi tidak bertindak.

Amat mudah untuk bercakap tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya. Sebelum ini pelbagai slogan digunakan kononnya untuk 'mentarbiyahkan' rakyat.
Tahun lepas juga, Kak Ubai menyatakan bahawa kes HIV dan anak luar nikah di negeri ini meningkat dan yang tertinggi di Malaysia.   

Lebih baik Pas mendakwah rakyat sendiri daripada sibuk mendakwah DAP yang secara terus menerus serang Islam.

 - KELATEKITO
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger