Tatkala blogger-blogger pro-pembangkang begitu seronok membincangkan posisi anak kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir dan adik kepada Datuk Seri Najib Razak, Datuk Nazir Razak sebagai antara individu terkaya di Malaysia, mereka ramai yang tidak tahu bahawa individu ke-3 terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Lee Shin Cheng, ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia. Beliau bernilai AS$3.2 bilion dimana IOI pernah juga diterajui oleh bapa kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bapa Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Ibrahim Abdul Rahman merupakan bekas ahli parlimen dan bekas Setiusaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Selepas beliau bersara, Dato Ibrahim telah menjadi pengerusi IOI Group dimana Tan Sri Lee Shin Cheng merupakan pemilik dan pemegang saham utama.
Berita Harian ( 8 December 1998 ) melaporkan:
Bapa Anwar miliki saham 20 syarikat
KUALA LUMPUR, Isnin – Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengikutnya menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, mengamalkan kronisme, nepotisme dan kolusi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu membisu terhadap kepentingan perniagaan keluarga dan rakan rapatnya. Senarai Pendaftar Syarikat menunjukkan anggota keluarga Anwar dan rakan rapatnya adalah peneraju korporat yang penting.
Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik.
Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.
Utusan Malaysia melaporkan pada 19 Jun 1998 sebagai berkata:
Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat. Pada 2 Mei 1998, bapa Anwar, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman, memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan 3,790500 saham Nissan Industrial Oxygen Incorporated manakala adik-beradik Anwar, Farizon memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan Marzukhi memiliki 2,800,000 saham Penas Corporation.
Bapa Anwar juga menjadi Pengerusi bagi Syarikat IOI Corporation. Berikut adalah petikan jadual dari majalah Asiaweek yang menunjukkan penerimaan saham yang diperuntukkan kerajaan yang diterima Ibrahim Abd Rahman.
Selanjutnya Di SINI
Post a Comment