Yayasan Selangor Properties atau YS Properties telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan TNB Engineering Corporation Sdn Bhd pada 31 Disember 1999 untuk menguruskan tanah Lesen Menduduki Sementara (TOL) di seksyen 26 Petaling Jaya untuk dijadikan tempat letak kereta.Tempoh perjanjian untuk penyewaan ini adalah selama 10 tahun dan telah tamat pada 31 Disember 2009 ketika era pemerintahan PKR aka Khalid Gagap. Untuk pengetahuan tanah ini berkeluasan 7334 meter persegi yang boleh menempatkan 270 petak letak kereta.
Pada tahun 2009, jumlah kutipan kasar keseluruhan adalah sebanyak RM1,953,316. Yayasan Selangor memperolehi 34% dari kutipan tersebut sebanyak RM666,862.18. Baki 66% sebanyak RM1,286,454 adalah menjadi hak milik TNB Engineering. Rekod kutipan kasar setiap bulan sepanjang tahun 2009 adalah seperti berikut
Bulan | Jutipan Kasar keseluruhan (RM) berdasarkan rekod Secured Parking dan TNEC | Perolehan YS (RM) berdasarkan perjanjian usahasama dengan TNEC |
Januari 2009 | 148,573 | 51,043.45 |
Februari 2009 | 149,070 | 48,068.21 |
Mac 2009 | 160,194 | 55,747.18 |
April 2009 | 151,458 | 51,913.11 |
May 2009 | 163,666 | 57,424.54 |
Jun 2009 | 162,421 | 56,648.59 |
Julai 2009 | 167,232 | 58,087.84 |
Ogos 2009 | 162,896 | 56,271.92 |
September 2009 | 151,000 | 52025.80 |
Oktober 2009 | 166,164 | 57,861.21 |
November 2009 | 181,408 | 52,279.80 |
Disember 2009 | 189,207 | 69,490.53 |
Jumlah | 1,953,316 | 666,862.18 |
Purata | 162,776.33 | 55,571.85 |
Yayasan Selangor telah mendapat kelulusan dari Pejabat Tanah Daerah Petaling (PTD) untuk melanjutkan tempoh TOL untuk 3 tahun bermula 16 November 2009 sehingga 31 Disember 2012. PTD Petaling telah melantik syarikat Secured Parking Sdn Bhd secara 'direct offer' untuk menguruskan tempat letak kereta tersebut melalui surat tawaran bertarikh 17 Februari 2010. Untuk maklumat Khalid Gagap pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri akan mengamalkan konsep tender terbuka untuk setiap projek yang ingin dilaksanakan. KLIK SINI, SINI dan SINI. Merujuk kepada tarikh kenyataan beliau, jelas beliau telah berbohong kepada rakyat kerana tender direct offer ini telah dibuat pada 17 Februari 2010.-Selanjutnya klik sini
+ comments + 2 comments
Jahanam habis Yayasan Selangor dpt dek PKR!
Huhuhuhuhuhu
Khalid Gagap buat apa nie ?
Main telo omega ke?
Post a Comment