berkedutttt dah kak wan..patutlahhh
1. Di mana jam omega yang didakwa anuar ada dalam simpanan azizah? Jika benar ada dalam simpanan azizah, sila tunjukkan. Ia adalah bukti kukuh kerana jam semahal omega ini ada nombor siri yang tidak boleh ditukar2 dan tidak boleh diganti2 dengan yang baru.
2. Di mana anuar berada sewaktu beliau ‘senyap’ selama 2 jam dari bertweet dan FB pada tarikh dan waktu berlakunya aksi sex. Samada kebetulan atau kebenaran, masa aksi sex itu dirakam adalah bersepadanan dengan tempoh masa anuar ‘senyap’ dari tweet dan FB.
3. Mengapa anuar berkata jam omega yang dikatakan ada dalam simpanan Dato Eskay (sekarang ni berada dalam simpanan polis) ada dalam simpanan isterinya dan tidak menunjukkan jam itu sekonyong2 itu sebagai bukti kata2nya benar.
4. Selang beberapa hari selepas mengeluarkan kenyataan jam omega berada dalam simpanan isterinya, anuar kemudiannya membuat laporan polis jamnya hilang!
5. Mengapa anuar tidak mahu menjawab soalan secara straight to the point bila wartawan bertanya pasal jam omega dan beliau ‘hilang’ 2 jam, sebaliknya memarahi wartawan dan menuduh wartawan ejen UMNO. Apa yang wartawan dan rakyat mahukan ialah bukti bukan alasan mengelak.
6. PC Wan Azizah hari ini menyatakan jam omega masih ada dalam simpanannya, namun tidak mahu menunjukkan kepada wartawan. Sedangnya minggu lepas anuar telah membuat laporan polis jamnya hilang? APA YANG TELAH BERLAKU?
Kepada keluarga Anuar, terutama sekali Kak Wan, berlaku jujurlah dalam hal ini. Rakyat mahukan cerita yang benar dan pemimpin yang amanah.
Andai Anuar benar2 teraniaya dan layak diangkat sebagai pemimpin, insyaallah masanya akan tiba sedikit masa lagi. Maka, kami rakyat mahukan penjelasan kukuh dengan bukti2 kukuh bahawa anuar tidak bersalah.
Janganlah menuding jari kepada pihak lain sebagai yang bersalah. Jelaskan dan buktikanlah dengan fakta yang benar, kukuh dan tidak berbelah bahagi bahawa anuar telah dianiaya dan semua ini adalah konspirasi.
Andai Kak Wan hanya berkata2 fitnah, konspirasi, anuar dianiaya dan apa jua konotasi negatif dilakukan terhadap suaminya TANPA memberikan bukti2 kukuh beliau dianiaya dan difitnah, sampai bila2pun rakyat yang berakal dan berfikir akan TETAP beranggapan anuar memang terlibat dalam isu moral yang sungguh rendah, malahan keluarnya termasuk Kak Wan sendiri dilihat sebagai bacul, pengecut, pembohong dan satu keluarga tidak boleh dipercayai lagi kerana hanya mampu menafikan sahaja pendakwaan tetapi tidak ada bukti penafiannya.
Kata2 kak wan menafikan individu dalam vid porno itu penuh dengan skeptikal dan saya yang bersikap berkecuali juga tidak dapat mempercayai kata2 kak wan kerana ia tidak bersandarkan dengan bukti.
Apakah kata2 kak wan ini hanyalah sandiwara demi menyelamatkan kareer politik anuar? Dalam hati siapa tahu? Bagaimana pula andainya jika video seterusnya terutamanya babak2 hangat ditayangkan sehingga tamat? Masihkah kak wan dapat terima bahawa video itu bukan anuar?
Apa yang rakyat mahukan ialah BUKTI bahawa anuar telah dianiaya, BUKTI anuar telah difitnah, dan BUKTI bukan anuar yang berada dalam video itu!
Bukan PENAFIAN murahan tanpa alasan kukuh. Sesiapapun boleh membuat penafian atau pengakuan dalam apa juga kes, namun yang menjadi neraca kebenaran ialah BUKTI! Wallahu’alam.
tq gap
Post a Comment