Saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, Umi Hafilda Ali, menegaskan beliau tidak akan berundur daripada mendedahkan segala salah laku ketua pembangkang itu demi menyelamatkan maruah bangsa dan agama walaupun beliau terus diugut dan dihina.
Umi Hafilda berkata, beliau berbuat demikian kerana mendakwa Anwar sudah lama menipu dan menyusahkan rakyat dan negara demi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
“Ancaman ugutan dan penghinaan sudah biasa, malah dulu lagi teruk ketika beliau (Anwar) berkuasa. Dulu, saya berjuang berseorangan tetapi sekarang semakin ramai yang tampil mendedahkan perkara sebenar.
“Pada tahun ini, saya berazam untuk 'menguburkan' Anwar menerusi pendedahan salah laku penyelewengan serta kemungkaran dilakukannya termasuk di mahkamah dan jangan biarkan beliau menipu rakyat lagi,”katanya selepas menyampaikan ceramah perdana Membongkar Segala Rahsia di depan lebih 1,000 rakyat Jeli yang membanjiri Kompleks UMNO bahagian itu di Bukit Nangka, malam kelmarin.
Umi Hafilda pada mulanya dijadualkan menyampaikan ceramah itu bersama bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohd Fairuz Khairuddin, yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan di luar negara.
Post a Comment