Label 10

Home » » TPM MELANCARKAN PROJEK PENEMPATAN SEMULA PENDUDUK D SIBU !!

TPM MELANCARKAN PROJEK PENEMPATAN SEMULA PENDUDUK D SIBU !!

Written By AAKJ on Monday, April 11, 2011 | 8:05 PM

Jam 4.00 petang tadi, selepas ke lokasi nahas helikopter. Saya sempat ke Kg. Datu Baru yang berada di bawah Dun Nangka untuk mengikuti majlis perasmian dan pecah tanah projek perumahan Kg. Datu Baru yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Projek penempatan perumahan ini telah dirancang oleh BN ketika kempen pilihanraya kecil parlimen Sibu yang menyaksikan BN kalah kepada DAP untuk kerusi parlimen Sibu. Walaupun kalah BN tetap meneruskan janji untuk terus memajukan penduduk di Kg. Datu Baru dan ini dibuktikan apabila kerajaan pusat meluluskan peruntukkan sebanyak RM20 juta untuk pembangunan di kawasan terbabit.

Melalui peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan BN rumah-rumah yang lebih selesa untuk rakyat Sarawak dapat dibina, dan projek perumahan ini merupakan pencetus kepada banyak lagi projek-projek perumahan yang akan dibangunkan oleh kerajaan BN di sekitar Sarawak.

Majlis sebentar tadi turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Perumahan Sarawak Abang Johari Haji Openg serta calon BN untuk kerusi Dun Nangka Dr. Annuar Rapa`ee.

Penduduk setempat nyata memberi sambutan yang hangat memadangkan majlis sebentar tadi turut dimeriahkan dengan kehadiran pemimpin no.2 negara. Daripada apa yang saya perhatikan kehadiran mencecah 5,000 orang dan mereka hanya terdiri daripada penduduk di sekitar Kg. Datu Baru dan Kg. Nangka.

Berikut foto-foto yang sempat di rakamkan daripada lensa saya.






Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger