Empat anggota penyelamat Hongkong harus menghabiskan 4 jam di sebuah taman untuk membebaskan kemaluan seorang lelaki yang tersangkut di salah satu lubang kerusi di taman Lantian, Hongkong.
Dari pengakuan lelaki malang tersebut, beliau tersangkut di situ kerana sedang melakukan onani (faham-faham je la macamana dia buat). Beliau memasukkan kemaluannya ke dalam salah satu lubang tersebut, dan tanpa disangka kemaluannya mengembang (faham-faham dah la..) dan tersangkut di situ. Malangnya ia tidak boleh dicabut dan memaksa lelaki berusia 41 tahun itu menghubungi pihak polis meminta bantuan.
Untuk membebaskan kemaluan lelaki tersebut, anggota penyelamat terpaksa membawanya bersama dengan bangku besi sepanjang 2.5 meter tersebut ke hospital. Doktor hospital tersebut mengatakan bahawa lelaki itu beruntung kerana tiada masalah pada kemaluannya selepas ditanggalkan dari lubang besi kerusi tersebut dan lelaki tersebut disyaki seorang yang kurang siuman dan mengidap kelainan seks
TQMS
Post a Comment