Label 10

Home » »

Written By AAKJ on Friday, April 1, 2011 | 6:05 PM

anwar ibrahim


Skandal Yayasan Selangor- Sambutan Ulang Tahun 1 Juta edisi 4

Sempena menyambut bulan Ramadhan pada tahun 2010, Yayasan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 21 Ogos 2010 di Dewan Sivik MBPJ.Syarikat Rahah Enterprise telah dilantik secara runding terus sebagai pengurus majlis yang menelan belanja sebanyak RM138,000. Yayasan bercadang untuk menjemput lebih kurang 1500 orang jemputan termasuk kakitangan. Bedasarkan laporan audit Yayasan telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM131,000 (95%) daripada jumlah keseluruhan sebelum majlis bermula.

Tarikh
Perkara
No baucer
Jumlah
17/8/2010Bayaran pertama majlis berbuka puasa20102388
20102389
59,000
19,000
20/8/2010Bayaran 45% majlis berbuka puasa20102397
20102396
12,000
50,000
23/9/2010Bayaran baki pembayaran majlis berbuka puasa201026487,000
Jumlah138,000


Laporan audit juga mendapati Yayasan telah membuat satu arahan pinda kerja berjumlah RM29,400 atas alasan seperti berikut

PerkaraKuantiti TambahanHarga SeunitJumlah RM
Makanan tambahan
800 unit
25
20,000
Kurma
800
3
2,400
Meja VIP
12
2,000
Elektrik dan Api
5,000
29,400


Timbalan Pengurus Besar pada 25 Ogos 2010 telah menghantar memo kepada Pengurus Besar menyatakan beliau setuju dengan kerja tambahan dengan menyatakan jumlah kehadiran sebanyak 2300 orang. Malangnya maklumat yang diperolehi oleh pihak audit mendapati jumlah yang hadir hanyalah sekitar 1440 sahaja. Cuba kita fikirkan bagaimana pihak pengurus majlis dapat menganggarkan dan menyediakan makanan dengan kadar segera kepada 800 jemputan hantu? Adakah perkara ini telah dibincangkan lebih awal?

Bagaimana dengan tuntutan bayaran bil elektrik dan air berjumlah RM5000 yang dituntut oleh pengurus majlis. Bukankah kadar penyewaan dewan daripada pihak MBPJ adalah termasuk bayaran elektrik dan air.
Cuba kita lihat bagaimana pengurusan Yayasan Selangor yang diterjui oleh kroni Khaled Gagap mennggunakan duit rakyat sewenang-wenangnya. Apa perlunya tuntutan tambahan kerja sekiranya tetamu yang hadir menepati sasaran iaitu seramai 1440 orang.Kenapa bayaran 95% perlu dijelaskan sebelum acara bermula? Adakah syarikat yang dilantik menjadi pengurus acara tidak mempunyai wang yang cukup untuk menjalankan kerja-keraja mereka. Andai itu jawapannya, siapa dalang disebalik lantikan syarikat tersebut. Fikirkan Bersama.
Tunggu sambungan seterusnya..Penyelewengan di dalam Majlis Sambutan Aidil Fitri.

DIMANA PAKATAN KUAT DISITU RAKYAT MEREMPAT

TQGEMPUR
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger