Label 10

Home » »

Written By AAKJ on Tuesday, April 5, 2011 | 2:23 AM

Image




Seperti biasa bayaran 50% harus dibayar dalam tempoh 7 hari dari tarikh lantikan iaitu 21 September 2010 sebanyak RM140.500. Manakala bayaran 45% dibayar selepas event manager menyediakan tempat, pelan perancangan, pelan lakar susun atur majlis, pengesahan penyertaan dan pengesahan menu-menu jamuan. Manakala bayaran akhir adalah wang tahanan yang berjumlah RM14,050 (5%) selepas Yaysan berpuas hati dengan perlaksanaan majlis.

Seperti kebiasaanya, mereka menggunakan duit Yayasan seperti duit mak bapak diaorg sendiri apabila bayaran sebanyak RM140,500 telah dibayar sehari selepas lantikan iaitu pada 22 Sept 2010 dan RM 126,450 lagi bayaran dibuat 2 hari selepas lantikan iaitu pada 23 Sept 2010.

Adakah munasab sejumlah RM266,940 iaitu 95% jumlah keseluruhan kos majlis dibayar kepada Event Manager walhal persiapan masih belum lagi berjalan. Jelas pengurusan Yayasan yang diterajui oleh Ilham Marzuki tidak mematuhi peraturan kewangan Yayasan Selangor.Ini juga tiada tadbir urus yang cekap kerana kemungkinan besar Yayasan didalam risiko kerugian andai syarikat yang dilantik gagal ataupun menghilangkan diri. Apa perlunya bayara pendahulaun 95% dibuat? Adakah syarikat yag dipilih oleh mereka hanyalah syarikat 2 ringgit hanya untuk mengelirukan ataupun cukup syarat tapi dalam masa yang sama ianya di kawal sepenuhnya oleh seseorang di dalam Yayasan itu sendiri.

Bayaran akhir sebanyak RM14,050 telah dibayar selepas majlis BESAMA BAYARAN TAMBAHAN sebanyak RM22,476 bagi kerja-kerja pemasangan khemah tambahan dan platform atas alasan air bertakung di kawasan padang.

Kos keseluruhan jamuan ini adalah sebanyak RM303,476 dan pihak audit dalaman mengesahkan didalam laporan mereka majlis ini adalah tidak munasabah dan satu pembaziran kepada Yayasan.

Kita boleh lihat bagaimana pengurusan Yayasan Selangor mengenepikan peraturan-peraturan yang perlu diikuti dan dalam masa yang sama tiada tadbir urus yang cekap sehingga terdedah kepada risiko kerugian. Apa perlunya Khalid Ibrahim mempertahankan Ilham Marzuki sekiranya dia menggunakan Yayasan Selangor seperti akaun peribadi sendiri dengan mengeluarkan wang sesuka hati tanya melalui prosedur yang sepatutnya. 

Dimana Pakatan Kuat Disitu Rakyat Merempat
 
TQGEMPUR
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger