Seorang ustaz yang disyaki terbabit memukul Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Jejawi, Arau dekat sini sehingga meninggal dunia kelmarin sempat meminta maaf di atas perbuatannya baru-baru ini.
Menurut bapa angkat murid tersebut, Mohd. Zamri Shafie, 40, ustaz berkenaan datang menemuinya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Jumaat lalu bagi menyatakan kekesalan dan meminta maaf kerana memukul Saiful.
Katanya, ustaz berusia 27 tahun itu mengakui gagal mengawal emosi sehingga hilang pertimbangan ketika menyoal siasat Saiful Syazani Saiful yang juga seorang anak yatim berhubung satu kes kecurian di sekolah tersebut.
“Dia (ustaz berkenaan) tidak sedar ketika memukul Saiful sehingga menyebabkan anak angkat saya cedera parah dan lebih malang meninggal dunia.
“Sedih dan terkilan apa yang terjadi, namun saya menerima permohonan maaf ustaz itu kerana menyifatkan dia seorang yang baik,” katanya.
tuihHHH PEMBUNUH !!
+ comments + 1 comments
setiap manusia tak lari dari kesilapan & kelemahan.... jgn meludah, mengkeji atau menghina....jadikan ia sebagai pengajaran kita semua.... sama-sama lah kita sebagai ISLAM sedekahkan al'fatihah kepada kedua-dua mereka.... al'fatihah
Post a Comment