Menurut Dato Seri Dr James Jemut Masing, Larry Sng tidak tersenarai dalam senarai calon PRS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 pada 16 April ini.Beliau berkata parti itu telah pun mengenal pasti muka baru bagi mempertahankan kerusi Pelagus yang pernah diwakili Sng semenjak 2001.
Larry Sng bukan lagi ahli PRS dan tidak boleh di calonkan bukan ahli parti untuk bertanding dan Larry Sng tidak berada dalam senarai calon kali ini. Ada besar Kemungkinan beliau bertanding dalam senarai orang (parti) lain.kesemua calon calon PRS iaitu terdiri:
N.25 Balai Ringin (Snowdan Lawan), N.26 Bukit Begunan (Mong Dagang), N.29 Batang Ai (Malcolm Mussen Lamoh), N.25 Tamin (Joseph Mauh), N.53 Kakus (John Sikei Tayai), N.56 Baleh (James Masing) dan N. 57 Belaga (Liwan Lagang) Calon Kekal sepertimana PRU Sarawak 2007 dan turut menampilkan Dua orang muka baru iaitu Calon N.43 Ngemah ( Alexander Ak Vincent) dan N.54 Pelagus (Stanley Nyitar).
Untuk rekod pada PRN Sarawak yang ke-6 iaitu 20 Mei 2006 PRS menang lapan daripada sembilan kerusi yang dipertandingkan selepas wakil parti PRS iaitu Alexander Vincent tewas kepada calon Bebas, Gab-riel Adit, Demong.
TQGOMO
Post a Comment