Label 10

Home » » PKNS BAYAR 8 PEGAWAI KONTRAK RM 93,000.00 SEBULAN !! tuiHHH !!

PKNS BAYAR 8 PEGAWAI KONTRAK RM 93,000.00 SEBULAN !! tuiHHH !!

Written By AAKJ on Friday, April 1, 2011 | 3:25 AM

Penyelewengan Wang Rakyat di PKNS


Selepas Yayasan Selangor, PKNS pula menjadi tempat penyelewengan besar yang dilakukan oleh kerajaan Khalid Ibrahim-DAP di Selangor. Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, beliau difahamkan bahawa PKNS melantik pegawai kontrak, perunding dan syarikat pengurusan dengan bayaran yang tinggi sehingga memberikan kesan kepada kedudukan kewangan PKNS.

“Berdasarkan kiraan, PKNS telah membelanjakan RM93,000 sebulan hanya untuk membayar lapan pegawai kontrak setiap bulan sedangkan kerja-kerja berkenaan boleh dilakukan oleh kakitangan PKNS sendiri.

“Bayangkan, pengurusan PKNS telah melantik seorang akauntan secara kontrak dengan bayaran RM20,000 sebulan. Ia tidak lagi termasuk pelantikan seorang individu hanya untuk menulis ucapan Pengurus Besar PKNS dengan bayaran RM7,500 sebulan.

“Selain itu, pengurusan PKNS antaranya turut melantik secara kontrak seorang akauntan pemasaran, seorang perunding dan seorang pegawai dalam latihan sebanyak RM10,000 sebulan selain membayar RM18,500 sebulan untuk dua pegawai khas kepada Pengurus Besar,” kata Abdul Shukor.

Seorang perunding pembangunan hartanah yang dikenali sebagai Dr. Armen yang dilantik selama enam bulan , dibayar sejumlah RM935,000 untuk projek Science Park 2 dan Bernam Jaya. Hampir sejuta untuk enam bulan sahaja. Amat tidak munasabah. Khalid Ibrahim gagal mentadbir Selangor dengan baik, Yayasan Selangor rugi dan PKNS telah dipergunakan sepenuhnya untuk membayar kroni-kroni politik PKR dan DAP di Selangor. Khalid dan pakatan DAP telah merompak wang rakyat di Selangor bila membelanjakan wang untuk mengkayakan kroni sendiri.
 
LEMBEK LOKTEK LA SELANGOR..LICIN DUIT RAKYAT KENA CUKUR !!!
 
TQ ANGINPERUBAHAN
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger