Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber, Haji Naroden bin Haji Majais berkata ia adalah merupakan dakwaan yang sengaja disebarkan oleh pihak tertentu untuk mengurangkan pengaruh kerajaan terhadap rakyat menjelang pilihan raya negeri ini nanti.
Itu bukan dasar Kerajaan Negeri untuk mengambilalih tanah rakyat sekiranya surat hakmilik tanah mereka tamat tempoh sepertimana yang didakwa oleh pihak tertentu pada masa sekarang.
Kerajaan sebaliknya telah bertimbang rasa dengan rakyat sebelum ini dengan membenarkan mereka memperbaharui surat hakmilik tanah masing-masing tanpa mengira waktu disamping bayaran premium tanah secara ansuran,? katanya.
Beliau yang juga Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Cek Pampasan Dan Surat Hakmilik Tanah di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.
Bagaimanapun surat hakmilik tanah milik rakyat kata Naroden mungkin tidak akan diperbaharui semula sekiranya tanah terbabit termaktub dalam rancangan pembangunan kerajaan selepas ini.
Namun begitu kita akan menggunakan saluran atau prosedur yang sah terhadap mana-mana tanah rakyat yang termaktub dalam rancangan pembangunan kerajaan selepas ini seperti pembayaran wang pampasan terhadap pemilik tanah itu sendiri.
Justeru jangan dengar hasutan pihak lain berhubung isu ini. Rakyat terutamanya pemilik tanah harus berpandangan lebih jauh untuk menentukan masa hadapan ekonomi dan pendidikan keluarga masing-masing selepas ini,? katanya.
Naroden turut menambah keselesaan hidup rakyat akan dapat dicapai sekiranya projek pembangunan dilaksana berdekatan dengan penempatan rakyat itu sendiri iaitu di atas tanah milik masing-masing.
Kawasan Simunjan dan Gedong akan berubah wajah selepas ini apabila kemudahan infrastruktur dinaiktaraf di kawasan terbabit menerusi peruntukan kerajaan bernilai RM137.2 juta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naroden berkata peruntukan berkenaan bakal memberi impak positif terhadap penduduk dari kedua-dua kawasan dengan bermulanya projek terbabit pada tahun ini.
Daripada jumlah itu, pembinaan jalan baru dari Pekan Simunjan ke Gedong yang menelan kos bernilai RM123 juta akan menjimat masa perjalanan penduduk lebih daripada setengah jam berbanding sebelum ini.
Manakala RM3 juta dari jumlah itu pula telah diluluskan untuk projek mendalami Sungai Simunjan. Jika projek itu sudah siap dilaksanakan kelak maka masalah banjir yang sering melanda penduduk Simunjan akan dapat ditangani selepas ini,? menurut beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja tamat Majlis Penyampaian Cek Pampasan Dan Surat Hakmilik Tanah di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.
Sambil mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan Najib berhubung masalah ini, Naroden juga berharap agar projek terbabit akan dapat memberi manfaat kepada 100,000 penduduk dari kawasan Simunjan, Sri Aman dan Betong di masa akan datang.
Saya yakin kesemua projek ini akan memberi transformasi besar terhadap wajah pembangunan di kawasan Simunjan. Diharap agar projek pembinaan jalan Simunjan ? Gedong, jalan Kampung Pantong (RM9 juta) , Simunjan dan projek mendalami Sungai Simunjan akan dapat berjalan lancar tahun ini,? katanya.
Naroden juga berkata bahawa penduduk di kawasan Simunjan sememangnya berasa amat gembira berhubung peruntukan bernilai RM137.2 juta yang diumumkan oleh Najib di situ kelmarin.
Kawasan Simunjan dan Gedong akan berubah wajah selepas ini apabila kemudahan infrastruktur dinaiktaraf di kawasan terbabit menerusi peruntukan kerajaan bernilai RM137.2 juta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.
Naroden berkata peruntukan berkenaan bakal memberi impak positif terhadap penduduk dari kedua-dua kawasan dengan bermulanya projek terbabit pada tahun ini.
Daripada jumlah itu, pembinaan jalan baru dari Pekan Simunjan ke Gedong yang menelan kos bernilai RM123 juta akan menjimat masa perjalanan penduduk lebih daripada setengah jam berbanding sebelum ini.
Manakala RM3 juta dari jumlah itu pula telah diluluskan untuk projek mendalami Sungai Simunjan. Jika projek itu sudah siap dilaksanakan kelak maka masalah banjir yang sering melanda penduduk Simunjan akan dapat ditangani selepas ini,menurut beliau.
Beliau yang juga Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja tamat Majlis Penyampaian Cek Pampasan Dan Surat Hakmilik Tanah di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.
Sambil mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan Najib berhubung masalah ini, Naroden juga berharap agar projek terbabit akan dapat memberi manfaat kepada 100,000 penduduk dari kawasan Simunjan, Sri Aman dan Betong di masa akan datang.
Saya yakin kesemua projek ini akan memberi transformasi besar terhadap wajah pembangunan di kawasan Simunjan. Diharap agar projek pembinaan jalan Simunjan ? Gedong, jalan Kampung Pantong (RM9 juta) , Simunjan dan projek mendalami Sungai Simunjan akan dapat berjalan lancar tahun ini,? katanya.
Naroden juga berkata bahawa penduduk di kawasan Simunjan sememangnya berasa amat gembira berhubung peruntukan bernilai RM137.2 juta yang diumumkan oleh Najib di situ kelmarin.
Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, ADUN Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, Timbalan Residen Sri Aman (Sosial), Felicia Tan, Pegawai Daerah Sri Aman, Bujang Mudin dan Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman, Majuan Jeraie.
Naroden dan Harden pada majlis itu menyampaikan cek pampasan yang mencatatkan nilai keselurun berjumlah RM430,171.89 kepada 46 orang penerima dan surat hakmilik tanah kepada 77 orang penerima pada majlis itu.
Post a Comment