Label 10

Home » »

Written By AAKJ on Tuesday, April 12, 2011 | 2:27 AM

Najib Dan Taib Punya Persefahaman Peralihan Kuasa




SRI AMAN — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mempunyai persefahaman dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung peralihan kepimpinan di negeri ini, dan akan membuatpengumuman apabila tiba masanya.
Beliau berkata perubahan kepimpinan negeri memerlukan perancangan rapi untuk memastikan tiada masalah yang berbangkit selepas itu.

“Peralihan (kepimpinan) telah ada. Kami mempunyai hubungan yang sangat baik dengan kerajaan negeri. Apa yang paling penting ialah untuk melakukan peralihan kuasa yang lancar.
“Kami tidak boleh terus membuat penyelesaian secara melulu tanpa mengkaji implikasi perubahan dalam kepimpinan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Sri Aman di sini hari ini.
“Kami tidak mahu parti dan kerajaan mempunyai masalah lain (apabila perubahan kepimpinan dilaksanakan),” katanya.

Ditanya mengenai kempen pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung, Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata keadaan adalah terkawal dan kempen berjalan dengan begitu lancar tanpa sebarang kejadian tidak
diingini.

Beliau berkata Sarawak sebuah negeri yang sangat besar dengan mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan beliau tidak boleh berada di semua tempat.
“Kawasan DUN yang telah saya kunjungi kelihatan agak baik. Pembangkang jugabekerja dengan kuat,” katanya.
Perdana Menteri berkata beliau melihat sokongan kepada Barisan Nasional (BN) berada pada tahap yang baik tetapi usaha memenangi hati rakyat perlu ditingkatkan kerana persaingan dalam pilihan raya kali ini tidak seperti dahulu.

“Kali ini lebih hebat dan BN kena tingkatkan lagi usaha. Saya tidak boleh cakap setiap kawasan… saya cakap secara umum. Ada kawasan masih kelabu, ada kawasan semakin baik,” katanya.
Mengenai tindakan pembangkang yang terus menyerang Taib dan mengatakan mengundi BN bererti memastikan Taib kekal sebagai Ketua Menteri, Najib berkata walau apa pun yang dikatakan pembangkang rakyat perlu melihat kepada sistem
penyampaian.

“Dalam hal ini BN terbukti berjaya. Setelah setahun lebih kita laksanakan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara), banyak projek luar bandar dijalankan.
Saya berazam untuk menyelesaikan agenda pembangunan di Sarawak.

“Sebab itu kita perlukan mandat rakyat. Kalau kerajaan negeri tidak sama dengan kerajaan pusat ini menyulitkan kerja membangunkan Sarawak,” katanya.

BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger