Kenapa kuil Seksyen 19 masih belum pindah? Penduduk Islam menunggu janji pemimpin Pakatan Rakyat pindahkan kuil ke Seksyen 23.
Kuil Mariamman Seksyen 19 Shah Alam
Logikkah sebuah blog mendakwa kuil itu berusia 200 tahun?
Lokasi kuil terletak dikawasan majoriti penduduk Islam. Pelan asal Seksyen 19 tapak itu diperuntukkan 16 unit rumah teres 2 tingkat. Pada tahun 1988 kuil itu kecil dan usang. Ia terletak dikawasan semak terbiar. Tidak ada bekalan air dan elektrik ketika itu. Pada tahun 2003 PKNS arahkan kuil pindah ke Seksyen 18 tetapi pengunjung kuil enggan pindah atas pelbagai alasan. Pada Disember 2007 MBSA maklumkan kuil akan pindah ke Seksyen 22. Tetapi pemindahan dibatalkan oleh pemimpin PR pada April 2008. Campur tangan politik menyebabkan isu pemindahan kuil menjadi kemelut yang berpanjangan. Sampai bilakah masalah penduduk Islam Seksyen 19 akan selesai?
Bendera PAS dan PKR dipasang pada papan tanda PKNS pada April 2008. Penduduk bertanya kenapa pasang bendera disitu? pemuda kuil menjawab " Dua-dua parti sudah sokong kuil tidak payah pindah". Aduan dibuat tetapi tidak ada tindakan. Selepas campur tangan Pertubuhan NGO Islam pada 08/01/2009 kedua-dua bendera diturunkan dari papan notis itu. Pada Ogos 2009 TV Selangor menyiarkan ulasan oleh Wakil Rakyat PKR yang membuat kenyataan "Pendirian Pakatan Rakyat mana-mana kuil yang dibina sebelum Mac 2008 tidak akan diroboh". Pada 19/08/2009 Wakil Rakyat PAS pula melalui blognya menulis ungkapan "Dasar Pakatan Rakyat Mudah - Tiada Kuil Baru - Tiada Kuil diRoboh". Apakah tujuan pemimpin PR keluarkan kenyataan tersebut? Apakah yang tersirat disebalik yang tersurat? Jika kuil tidak dirobohkan ia kekal terus ditapak itu. Penduduk mengadakan sidang media bersama Pertubuhan NGO Islam - "Penduduk Seksyen 19 Shah Alam desak pindahkan kuil".
Surat terbuka kepada Menteri Besar Selangor :
YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim.
RABU - 27 April 2011.
Mohon YAB Menteri Besar selesaikan isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23
Dengan hormatnya kami merujuk perkara diatas.
Penduduk Islam Seksyen 19 mohon YAB MB selesaikan isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ketapak baru di Seksyen 23. Selepas PR berkuasa Mac 2008 Wakil-Wakil Rakyat Shah Alam sudah berjanji untuk selesaikan masalah penduduk diSeksyen 19. Kemelut yang dihadapi penduduk berpanjangan selepas pemindahan kuil ke Seksyen 22 dibatalkan oleh pemimpin PR. Pemindahan kuil ke Seksyen 23 yang telah dijanjikan selesai pada November 2010 masih belum menjadi kenyataan lagi. Pada masa ini kuil Seksyen 19 masih terus diaktifkan. Pelbagai masalah yang mengganggu penduduk akan berulang jika kuil kekal di tapak itu.
Kain rentang yang dipasang dikawasan kuil Seksyen 19 ada maklumat upacara Majlis Pecah Tanah untuk tapak kuil baru bersebelahan Nitto Denko Seksyen 23 di adakan pada 13 Februari 2011. Petikan Sinar Harian pada 14/02/2011 ada tajuk berita "Isu Kuil Sri Mariamman selesai". Selagi kuil berada ditapak itu masalah penduduk masih belum selesai lagi. Pemindahan kuil sudah ditangguhkan beberapa kali pada tahun 2010. Menurut penduduk tempatan yang meninjau dikawasan itu pada minggu akhir Mac 2011 masih belum ada sebarang perubahan ditapak kuil itu. Adakah penduduk Islam terpaksa menunggu lebih lama lagi hingga akhir bulan November 2011 atau sebelum Hari Raya Aidiladha 2011?
YB Puan Rodziah Ismail, Adun Batu Tiga maklumkan kepada penduduk upacara keramaian besar yang diadakan pada 11/08/2010 - 15/08/2010 adalah upacara terakhir diadakan dikuil itu sebelum ia dipindahkan pada September 2010. Selepas berakhirnya bulan September tidak ada pun pemindahan berlaku. Semasa perjumpaan YB Adun dengan penduduk pada November 2010, YB Adun memberitahu penduduk yang hadir pemindahan kuil selesai pada akhir November 2010. Tetapi kini pada April 2011 isu pemindahan kuil belum selesai juga.
YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam membuat kenyataan melalui filem dokumentari "Kesah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah" yang di tayangkan di Menara PKNS Petaling Jaya pada 16/10//2010, memberitahu kuil di Seksyen 19 akan dipindahkan sebelum Hari Raya Haji November 2010. Tempuh yang dijanjikan untuk pindahkan kuil sudah lama berlalu. Kuil masih belum pindah seperti diumumkan Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad. Diharap YB Khalid Samad tunaikan janji kepada penduduk Seksyen 19 untuk selesaikan isu kuil.
Penduduk mohon bantuan Pertubuhan NGO Islam semasa gangguan bising dan pelbagai masalah menjadi kronik pada Julai - Disember 2008. YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam membuat pelbagai tuduhan apabila Pertubuhan NGO Islam membantu penduduk Seksyen 19. Beliau menulis artikel melalui blog beliau mengenai Persoalan Kuil diSeksyen 19 dan Tindakan Pewaris. Penduduk Islam juga kesal dengan risalah diterbitkan oleh pihak Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor yang bertajuk "Memahami Isu Pemindahan Kuil Mariamman dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam". Kenapa pihak yang menceroboh Tanah Milik PKNS dan mengganggu ketenteraman awam yang disokong?. Kenapa pemimpin Pakatan Rakyat tidak berlaku adil kepada penduduk Islam Seksyen 19?
Penduduk menunggu tindakan selanjutnya dari pihak kerajaan Negeri Selangor untuk memindahkan kuil dalam masa terdekat. Penduduk berharap kawasan tapak kuil itu segera didirikan rumah teres yang tergendala sebanyak 16 unit seperti dalam pelan asal Seksyen 19. Penduduk sekitar bimbang masih berlaku gangguan dihujung Jalan Ladung 19/28 pada bulan Januari dan Februari 2011. Semoga aduan penduduk mendapat perhatian daripada pihak YAB MB, SUK, dan PKNS. Penduduk Islam Seksyen 19 akan berusaha sehingga masalah dihadapi oleh penduduk Islam diatasi segera oleh pemimpin PR Selangor. Sekian. Terima kasih.
Post a Comment