Label 10

Home » » Kelantan rancang beli air Terengganu 5 juta liter sehari !!!

Kelantan rancang beli air Terengganu 5 juta liter sehari !!!

Written By AAKJ on Thursday, April 21, 2011 | 2:52 AM





Kerajaan Pas Kelantan akan berunding dengan kerajaan Terengganu untuk pembelian lima juta liter air sehari dari daerah Besut untuk disalurkan kepada penduduk di kawasan Semerak di Pasir Puteh.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Abdul Rahman, berkata, langkah itu adalah sebagai satu alternatif mengatasi masalah air yang dihadapi penduduk di Semerak, satu kawasan yang terletak di hujung daerah Pasir Puteh dan bersempadan dengan Besut.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini beliau berkata, kos untuk pembelian air berkenaan belum diketahui.
Pada masa ini, syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mendapatkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Merbau Chondong untuk disalurkan ke kawasan Semerak dan juga seluruh daerah Pasir Puteh dan Machang.

APA YANG KERAJAAN PAS CELAKA KELANTAN BUAT SELAMA 20 TAHUN !!! tuiHHH !!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger