Label 10

Home » » KECOH DI DUN SATOK PKR MENYAMAR

KECOH DI DUN SATOK PKR MENYAMAR

Written By AAKJ on Saturday, April 16, 2011 | 1:33 PM

Saturday, April 16, 2011


DUN Satok: Kekecohan tercetus di Dewan Datuk Merpati Jepang
KUCHING: Pusat pembuangan undi di Dewan Datuk Merpati Jepang, Satok di sini kecoh apabila beberapa individu yang mendakwa diri mereka ejen tempat mengundi dipercayai dari pembangkang cuba mencetuskan provokasi.

Lima individu berkenaan termasuk tiga wanita dan dua lelaki memasuki kawasan tempat mengundi berkenaan kira-kira jam 11 pagi dan mendakwa wujud pengundi hantu di pusat mengundi itu dan cuba menarik perhatian pihak polis.

Bagaimanapun, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusof yang berada berdekatan pusat mengundi meminta pas rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada individu berkenaan, namun mereka hanya menunjukkan kad itu yang tidak disertakan gambar serta gagal mengemukakan borang sumpah kerahsiaan.
Keadaan bertambah kecoh apabila penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan BN enggan keluar dari kawasan 50 meter tempat mengundi walaupun sudah diarahkan oleh polis supaya beredar.

Ia menyebabkan sepasukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikerah meleraikan keadaan.

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan calon PKR, Ahmad Nazib Johari

Sumber Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger