Label 10

Home » »

Written By AAKJ on Wednesday, April 13, 2011 | 9:32 PM

Janji RM1 billion Bukti PR Jahil Ongkos Bangunkan Sarawak


J.ROGER

SRI AMAN: Janji peruntukan berjumlah RM1 bilion setahun untuk Sarawak seperti yang terkandung dalam manifesto pihak pembangkang bagi pilihan raya negeri kali ini boleh diumpamakan seperti ‘kacang putih’.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Haji Yassin berkata janji peruntukan tahunan bagi negeri Sarawak itu dianggap terlalu sedikit jika dibandingkan dengan peruntukan bernilai RM22 bilion setahun bagi membangunkan semua negeri dalam Malaysia.

“Hasil peruntukan yang besar ini membolehkan semua negeri dalam Malaysia termasuk Sarawak menikmati kadar kemajuan yang amat membanggakan untuk semua masyarakat.
“Sehubungan itu masyarakat diseru agar terus menyokong kerajaan BN yang mampu mengeluarkan peruntukan lebih besar untuk pembangunan negeri Sarawak pada pilihan raya nanti,” ujar beliau.
Atas sebab itu Muhyiddin telah mencabar pihak pembangkang untuk menyediakan peruntukan pembangunan yang lebih besar untuk negeri Sarawak seperti yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Mesra Bersama Pemimpin bertempat di Kampung Pulau Seduku baru di Lingga, Sri Aman hari ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafiee Haji Apdal dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim adalah antara tetamu khas yang hadir pada majlis tersebut.
Dalam perkembangan yang berkaitan, Muhyiddin telah menyerahkan kunci rumah kepada rakyat penempatan semula Kampung Pulau Seduku, pukat, bantuan wang untuk murid miskin dan sebelum menerima borang permohonan keahlian PBB oleh 300 orang ahli PKR cabang P.201 Batang Lupar.

SARAWAKUPDATE
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger