Label 10

Home » » Hujah dangkal Japar Suyut Calon PKR di N71 Bukit Sari

Hujah dangkal Japar Suyut Calon PKR di N71 Bukit Sari

Written By AAKJ on Thursday, April 7, 2011 | 6:20 PM


Kebodohan calon PKR di N71 Bukit Sari, Japar Suyut, nampaknya semakin terserlah sejak bermula kempen Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ini. Terbaru, dia cuba berhujah dengan membandingkan kemajuan di antara Lawas dan Brunei Darussalam.

Japar dilaporka berkata bahawa jurang kehidupan di antara Lawas dan Brunei sangat ketara, terutamanya dalam bidang sosio-ekonomi penduduk. Dia juga mengkritik keadaan prasarana, kemudahan, dan infrastruktur di Lawas, terutamanya keadaan jalanraya yang dikatakan kurang berkualiti.

Pertamanya, mengapa membandingkan sebuah negara yang sangat kaya dengan sebuah kawasan Dewan Undangan di sebuah negeri? Sangat jauh bezanya di antara negara dan negeri. Jika mahu dibandingkan kemajuan Brunei, sepatutnya Japar membandingkannya dengan kemajuan Malaysia, bukan dengan Lawas!

Brunei adalah salah sebuah negeri terkaya di dunia. Lihatlah kemewahan Pengiran Sultan Hasanal Bolkiah dan pendapatan perkapita rakyat Brunei yang tinggi. Takkanlah nak dibandingkan dengan DUN Lawas? Selayaknya, Bandar Seri Begawan dibandingkan dengan Kuala Lumpur, barulah sepadan! Bodoh benar calon PKR di Lawas ini.

Mengapa tidak dibandingkan saja Lawas dengan Amerika Syarikat atau Jepun? Bukankah lebih ketara perbezaannya. Seharusnya, Sarawak dibandingkan saja dengan Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang yang sudah lebih 20 tahun diperintah PAS. Bandingkan pula Lawas dengan Rantau Panjang di Kelantan!

Penulis akui, jika sesiapa pun diberi mandat untuk membangunkan Sarawak, tentunya adalah sukar baginya untuk memajukan semua kawasan-kawasan di Sarawak. Keadaan geografi negeri Bumi Kenyalang yang luasnya 1/3 Malaysia ini agak menyulitkan bagi pembangunan dilaksanakan di seluruh daerah.

Meskipun begitu, jika dibandingkan keadaa Sarawak pada 1963 dan 2011, tentulah bagai langit dengan bumi. Sarawak kini muncul diantara negeri yang termaju, malah jauh lebih maju jika dibandingkan dengan Kelantan, negeri jajahan pembangkang. Kenikmatan ekonomi yang dinikmati oleh rakyat di Lawas sebenarnya jauh lebih baik berbanding di Rantau Panjang di Kelantan. Mungkin Japar harus melawat Kelantan untuk lihat sendiri keadaan tersebut.

Nampaknya Japar Suyut tidak punya rasa terima kasih di dalam dirinya. Kemajuan dan kemakmuran ekonomi yang dinikmati di Lawas dinafikan kerana berbeza pandangan politik. Harap Japar Suyut cari lagi hujah yang lebih tinggi tahapnya pada ceramahnya pada masa akan datang. Bagaimana jika Japar minta Wan Azizah dan Anwar tunjukkan jam tangan Omega?
 
tq real sarawak
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger