Label 10

Home » » GUANG END LUPAKAN ANWAR !!

GUANG END LUPAKAN ANWAR !!

Written By AAKJ on Friday, April 15, 2011 | 8:10 PM

Guan Eng Enggan Mempertahan Anwar Ibrahim

SIBU, 15 Apr — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng enggan mengulas mengenai pandangan yang disuarakan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hilang kewibawaannya sebagai seorang pemimpin.
Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata beliau tiada masa untuk menonton temubual eksklusif Raja Petra dengan TV3.

“Saya tidak berkesempatan menonton wawancara itu. Saya tidak tahu apa yang hendak diulas,” katanya.
Dalam wawancara yang disiarkan malam semalam, Raja Petra berkata Anwar telah hilang kewibawaan apabila beliau gagal mengambil alih kerajaan pada 16 Sept 2008 seperti yang dijanjikannya.
Mengenai video seks yang didakwa memaparkan aksi seorang pemimpin pembangkang, Lim berkata: “Biar saya tonton video itu dahulu, kemudian baru saya beri ulasan”.

Mengenai prestasi DAP dalam pilihan raya negeri Sarawak esok, Lim berkata beliau percaya terdapat mood yang kuat untuk perubahan. – BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger