ALFATIHAH
Tempoh reman seorang guru yang dipercayai terlibat dalam kes kematian murid tahun satu Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Arau dekat sini, Saiful Syazani Saiful Sopfidee kelmarin, dilanjutkan sehingga Isnin ini.
Menurut beliau, mengikut laporan hasil bedah siasat pakar patologi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar mendapati Saiful Syazani, 7, mati akibat pendarahan otak dan lemas.
"Laporan bedah siasat menunjukkan leher Saiful telah ditekan benda lembut atau tumpul yang menyebabkan kurang oksigen pada otak mangsa seterusnya berlaku pendarahan otak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Saiful Syazani meninggal dunia di Unit Rawatan Rapu (ICU) HSB kelmarin selepas koma sejak Jumaat lalu dipercayai akibat dipukul gurunya.
Mohd. Nashir berkata, lanjutan reman tersebut bagi membolehkan pihak polis melengkapkan kertas siasatan untuk pendakwaan kes tersebut.
Beliau berkata, selain laporan bedah siasat, polis menjalankan siasatan di sekolah terbabit dan mengumpul barang kes termasuk rotan digunakan guru berkenaan
HUKUM SEGERA !!! ANJING2 ANWAR INI SUDAH MENGAKU !!!
Post a Comment